Ahad, 30 September 2007

Badan, Minda, Hati, dan Rohani

Badan, Minda, Hati, dan Rohani

Saya percaya ramai antara kita percaya akan kuasa kesyukuran. Tidak kita apa agama antara kita, namun kita selalu bersyukur dan berdoa kepada Tuhan masing-masing.

Sebagai OKU, kita kadang-kadang terfikir mengapakah kita dilahirkan dengan kekurangan? Bagi saya, kekurangan adalah satu cabaran dan anugerah yang istimewa. Sekiranya kita kategorikan diri ini kepada 4 bahagian, iaitu
1. Badan
2. Minda
3. Hati, dan
4. Rohani

Kita akan memahami bahawa OKU sebenarnya dilahirkan mungkin kurang pada Badan, contohnya kecacatan tangan, kaki, mata, dan pekak/ bisu; atau Minda, contohnya yang mengalami downsymdrom. Tetapi mereka masih mempunyai Hati dan Rohani.

OKU yang pandai mengimbangkan keempat-empat bahagian tersebut akan berjaya mengharungi cabaran hidup ini. Manakala OKU yang membiarkan kecacatan mereka menguasai hidup mereka akan merasakan hidupnya penuh sengsara dan kecewa.

Kita perlu memahami bahawa sebenarnya Hati dan Rohani yang akan mencorakkan hidup kita. Sekiranya Rohani ini mengatakan bahawa setiap ciptaan-NYA mempunyai rahmat disebaliknya dan sebagai dugaan hidup, maka Minda kita akan memberi isyarat secara positif. Isyarat positif daripada Minda akan menyebabkan Hati terasa lega dan gembira. Dengan demikian kekurangan pada Badan akan dilihat sebagai suatu kesyukuran dan anugerah istimewa daripada yang Maha Esa.

Sebaliknya jika Minda kita memikirkan bahawa kecacatan pada Badan dilihat sebagai sesuatu yang malang dan kecewa, maka isyarat negatif daripada Minda akan dihantar ke Hati. Hati akan melahirkan rasa kecewa. Rasa kecewa ini sekiranya tidak diubati atau diubah, maka lama-kelamaan seseorang itu akan terasa hidup ini penuh dengan kekecewaan dan tiada maknanya lagi.

Oleh yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa hidup kita bertunjang pada Rohani yang bersih dan suci. Hanya mereka yang mempunyai amalan agama akan meningkatkan Rohani mereka dalam mengharungi apa jua rintangan hidup dengan tabah dan bijaksana.

Rohani daripada keagamaan akan memberi kita kesejahteraan dalam hidup ini. Kita akan melihat segala perkara secara penuh dengan kesyukuran. Kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita juga akan rasa bersyukur dan menghargai setiap pertemuan dan kehadiran setiap insan dalam hidup ini.

Di sini saya ingin berkongsi sebuah lagu yang saya rasa amat bermakna, dinyanyi oleh penyanyi Hong Kong yang amat popular bernama Sandy Lam… tapi cara saya nyanyi tidaklah sehebat mana, yang penting sama-sama kita menghayati makna lirik lagunya. Anda boleh mainkan klip video di sebelah kanan laman blog ini, atau link di http://www.youtube.com/watch?v=84PAhRKkwb8. Saya terjemahkan liriknya seperti di bawah:



Tajuk Lagu: Sekurang-kurangnya masih ada dirimu - Sandy Lam

Aku bimbang tidak sempat
Untukku memeluk dirimu
Hingga dapatku merasa akan kedutan padamu
Ditoreh oleh jangkauan usia
Hingga dapatku memastikan dirimu yang sebenarnya
Hingga kehabisan tenaga demimu, aku rela.

Gerak pun tidak lagi mampu
Tetap inginku menatap dirimu
Hingga mendapati rambutmu
Sudah mempunyai keputihan uban
Hinggalah penglihatan ini menjadi kabur
Hinggalah tidak lagi bernafas, biarlah kita tidak lagi berpisah.

Sekiranya segala dalam bumi ini dapatku lepaskan,
sekurang-kurangnya masih ada dirimu,
berbaloi untukku hargai,
dan kehadiranmu di sini
adalah suatu keajaipan hidup ini.

Andainya segala dalam hidup ini dapatku lupakan
Namun tidakku sanggup kehilangan
akan berita khabarmu
Keikhlasan tulus dari hatimu
Akanku ingati untuk selama-lamanya di mana jua.

Tidak mudah untuk kita bersama
Aku bimbang akan masa yang cepat berlalu
Tidak dapatku melihat dirimu dengan lebih halus
Aku bimbang akan masa yang lambat berlalu
Ketika siang malam aku takut akan kehilangan dirimu
Tidak sanggup walaupun untuk satu malam
Untukku berpisah denganmu.
------------------------------------------------------------------------------------
Body, Mind, Heart and Soul

I believe most of us believe in the power of prayer. No matter what religion we are, but still we continue praise and pray to our God among ourselves.

As OKU, sometimes we think about why we born with disabled? For me, disabled is a special challenge and gift. If we categories it into 4 parts, which is
1. Body
2. Mind
3. Heart
4. Soul

We can understand that OKU actually may born with disabled on body, for example disabled at hand, leg and deaf or blind. Such as those who having down syndrome, but they still has heart and soul.

Oku which good at balance the four parts will success to face the challenge of life. Where else OKU which let the disabled control them will feel the life is full with suffering and disappointment.

We need t understand that actually the heart and soul will portrait our life. If our sold is said to tell us every creation of god and have blessed in the life, then our mind will give us a positive sign.

Positive sign from mind will make our heart feel relax and happy. The disabled in our body will look as a blessed and special gift from God.

In another way, if our mind thinks that disabled at body look as a worst and disappointment, then the negative sign from our mind will send to our heart. The heart will come out with disappointment. If the disappointment did not been cure, then later on he will feel this life is meaningless.

Because of that, we need to make sure our life has a clean and pure soul. Only those who have religion will upgrade their soul and face whatever challenge with strong and cleverness.

Soul from religion will give us peaceful in our life. We will see all of the things full with thankfulness. We will feel thanks to what we have. We will also thanks and appreciate everything we meet and come over our life.

I want to share a song by myself which I think it is very meaningful, sang by Sandy Lim. The way I sing may not as good as her, but the most important is we enjoy the meaning of the song lyrics. You can play the video clip at the right of the blog or the link at http://www.youtube.com/watch?v=84PAhRKkwb8. I translated the lyrics as below:

Song title: At Least I've Got You – Sandy Lam

I am afraid I have to take you too late
Until you feel the time has traces of wrinkles
Until you are really sure until losing effort
To you I would like to
Fixed dynamic nor should you watch
Until you feel for the line with traces of snow
Until become blurred vision can not breathe until
Let us inseparable
If I can give up the whole world
I at least you deserve to cherish
And you are here is the miracle of life
Perhaps I can forget the world
Is unwilling to lose your news
Palm of your moles I always remember where
I am afraid I have to take you too late
Until you feel for the line with traces of snow
Until become blurred vision can not breathe until
Let us inseparable
If I can give up the whole world
I at least you deserve to cherish
And you are here is the miracle of life
Perhaps I can forget the world
Is unwilling to lose your news
Palm of your moles I always remember where
We had our time is not easy
I am afraid your time fast enough to see carefully
I fear the time is too slow night for fear of losing you
I wish overnight remain isolated
If I can give up the whole world
I at least you deserve to cherish
And you are here is the miracle of life
Perhaps I can forget the world
Is unwilling to lose your news
Palm of your moles I always remember where
------------------------------------------------------------------------------------------------
身体,思想,心灵和灵魂

我深信大多数的人都相信神的力量。 无论我们信奉任何的宗教。无时无刻,我们都向自己的神-感恩和祷告。

身为OKU, 我们不时会思考,为什么我们一生下来就有残缺?对我而言,残缺是一种挑战跟恩赐。如果我们把它分成4个部分:
身体
思想
心灵
灵魂

我们都明白,OKU生出来通常会有身体上的残缺。 例如:手,脚,盲,聋或盲。思考上的有智障。但是他们还有心灵和灵魂。

OKU如果会聪明的平衡这4个部分,那么他们就可以成功地面对每天艰难生活的挑战。反之,如果他们被残缺控制,那么他们将会觉得他们的生活很痛苦根失望。

我们需要明白,其实是心灵和灵魂在描画我们的生活。如果我们的灵魂告诉我们万物是被保佑,然而我们的思想将会带给我们正面的讯息。正面的讯息将会让我们的心灵感到轻松和快乐。所以我们将视残缺为上天的礼物。

反之,如果我们视身体的残缺为不幸跟失望。思想的负面的讯息将会传去心灵。心会产生失望。 如果失望持续, 时间久了人会感到生活充满失望跟意义。

因为如此,我们需要确定我们的生活有个干净和纯洁的灵魂。只有那些有宗教信仰会提升他们的灵魂和面对任何的挑战。

宗教的灵魂会带给我们生活上和平。我们将会感谢我们拥有所有的一切。我们更珍惜我们所遇见和出现在我们生活的一切。

在此我想跟各位分享一首让我觉得很有意义的歌,原唱者-林忆莲。虽然我唱的没有她好。但重要的是附有意义的歌词。大家可以点击部落格右手边的影像或则到以下link: http://www.youtube.com/watch?v=84PAhRKkwb8 .

歌曲:至少还有你 林忆莲
我怕来不及我要抱着你
直到感觉你的皱纹有了岁月的痕迹
直到肯定你是真的
直到失去力气
为了你我愿意
动也不能动也要看着你
直到感觉你的发线有了白雪的痕迹
直到视线变得模糊
直到不能呼吸
让我们形影不离
如果全世界我也可以放弃
至少还有你值得我去珍惜
而你在这里就是生命的奇迹
也许全世界我也可以忘记
就是不愿意失去你的消息
你掌心的痣我总记得在那里
我们好不容易我们身不由已
我怕时间太快不够将你看仔细
我怕时间太慢日夜担心失去你恨不得一夜之间白头永不分离
如果全世界我也可以放弃
至少还有你值得我去珍惜
而你在这里就是生命的奇迹
也许全世界我也可以忘记
就是不愿意失去你的消息
你掌心的痣我总记得在那里.

Isnin, 10 September 2007

Dilema dan Trauma hidup sebagai OKU

Dilema dan Trauma hidup sebagai OKU

“Andainya saya dilahirkan sempurna, alangkah bagusnya!” – Itulah kata-kata yang timbul dibenak OKU apabila mereka mula merasai sesuatu yang kurang pada diri mereka. Rasa tersebut mula dirasai ketika mencecah usia kanak-kanak. Tidak kira apa bentuk OKU sekalipun: OKU fizikal, OKU panca indera, OKU mental, dan OKU gabungan, mereka tetap impikan satu badan yang sempurna, tanpa kecacatan dan kekurangan seperti mereka yang tidak OKU. Namun, semakin mereka impikan igauan tersebut, maka semakin besarlah dilema dan trauma yang bakal mereka tempuhi.

Nilai dilema dan trauma ini ditentukan oleh keadaan sekeliling. Pernah seorang OKU yang saya kenali berkata, “Kami sebenarnya tidak OKU, tetapi masyarakat yang mengOKUkan kami!”. Sungutannya itu memberi seribu tanda tanya tentang cabaran yang mereka tempuhi dan betapa rasa hampa akan layanan sekeliling yang mereka lalui. Ini kerana kita dibesarkan mengikut acuan sekeliling yang terbentuk. Dari segi didikan dan kasih sayang ibu bapa dan ahli keluarga, pergaulan rakan sebaya, kenalan antara ahli masyarakat dan sebagainya merupakan pendidik kepada hidup kita. Sebagai OKU, peristiwa-peristiwa yang mereka lalui adalah lebih mencabar. Cabaran inilah yang akan membentuk dilema dan trauma dalam hidup mereka. Cabaran ini jugalah akan menguji mereka dalam mengimbangi antara empat nilai imbangan hidup, iaitu nilai kekentalan semangat, nilai kecerdasan minda, nilai kawalan emosi, dan nilai sempurna fizikal.

Trauma dan dilema bukan sahaja dirasai oleh OKU sendiri. Kadang-kadang ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga akan menghadapinya. Perasaan tersebut lebih berat sekiranya anak atau ahli keluara OKU itu mengalami kecacatan fizikal yang terlalu ketara. Bagi mereka yang tidak pandai mengimbangi empat nilai hidup yang disebutkan di atas, maka jalan penyelesaiannya ialah menjauhkan ahli keluarga OKU itu daripada pandangan umum. Ada juga yang sanggup membuang atau meninggalkan anak OKU mereka! Manakala mereka yang pandai mengimbangi nilai-nilai hidup tersebut, kecekalan, ketabahan, perihatin dan kasih sayang menjadi dampingan harian mereka. Mereka lebih dapat memahami bahawa setiap ciptaan Tuhan ada hikmah disebaliknya.

Pernah saya mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh seorang insan OKU yang saya amat kagumi. Beliau menceritakan bahawa ketika dilahirkan tanpa kedua belah kaki dan tangan kiri, ayahnya tidak dapat menerimanya. Dia disisihkan dan kasih sayang yang diterima dari ayahnya juga kurang berbanding dengan abang dan kakaknya. Ayahnya tidak pernah mendukungnya keluar dari rumah. Sehinggalah satu peristiwa telah berlaku ketika ayahnya pergi memburu. Ayahnya telah menembak seekor monyet betina di atas pokok. “Beng!”, tembakannya tepat dan monyet betina itu terjatuh. Ketika menyembah bumi, tiba-tiba beberapa ekor anak monyet keluar mengerumuni ibu monyet. Darah merah mewarnai badan ibu monyet itu akibat peluru. Dengan menahan kesakitan, ibu monyet menggagahkan tenaga yang masih terkumpul. Terincang-incut langkah ibu monyet menuju ke arah salah seekor anak monyet yang paling kecil. Didakapnya anak itu. Anak-anak monyet yang lain menjerit sampil mendapatkan ibu monyet. Ibu monyet sempat mendakap satu persatu anak-anaknya sehinggalah yang terakhir. Lalu ibu monyet rebah dan tidak lagi bergerak. Peristiwa itu telah menginsafkan ayahnya. Semenjak hari itu, ayahnya tidak lagi memburu. Dan yang paling besar perubahan sikap ayahnya ialah dia didukung ke mana saja, diberi kasih sayang sepenuhnya sebagai anak emas. Sehinggalah kini insan OKU itu telah dewasa dan berumah tangga. Beliau ialah seorang peguam yang berjaya. Keinsafan ayahnya ialah binatang pun tahu menyayangi anak-anaknya, apatah lagi manusia!

Perasaan dilema dan trauma insan OKU adalah secara zahir dan abadi. Ketidaksempurnaan bahagian tertentu mereka akan terus bersama. Kalau OKU fizikal tangan kanannya kudung, maka kudunglah tangannya; Kalau OKU panca indera yang pekak bisu maka pekak bisulah dia. Walaupun terdapat teknologi tertentu dapat membantu, namun penggunaannya tidaklah sesempurna yang asli. Manalah mungkin ciptaan manusia boleh menandingi ciptaan Tuhan? Oleh itu, kehidupan OKU penuh dengan cabaran seiring dengan peningkatan usia dan zaman mereka; Selangkah ke depan, segenggam cabaran menanti.



------------------------------------------------------------------------------------------------

Dilemma and trauma

“How good if I being in the complete and normal child.” This statement comes out from every OKU when they start wondering they are lacked a thing when they are young. No matter which type of them, physical disabilities, mental disabilities, or multiple disabilities. They hope that they have perfect body, does not have any incomplete. However, the more they think, the more the dilemma and the more they trauma they face.

The so call trauma and trauma are come from the environment. Once of person I knew who is OKU said: “we are not OKU, is only the society OKU us.” We feel so disappointed when facing these bitter experiences. We are growth along with they environment. The education, love from the family, interaction with friends and the contact of the society shape us. As a OKU, the challenges we face is harder than others. These challenges will leads to dilemma and trauma. It is also examined how we balanced our lives which are: insistency spirit, intelligent mind, emotion control and complete physical.

No only the OKU will feel dilemma or trauma but sometimes the family member especially the parent will feel so. The feeling will be more intense when their child is severe disable. If they do not know how to balances the 4 factors above, they will be far away from family to avoid others judgment. In addition, some of the parents even abandon their child. Those people who are handling well, they will become stronger because they understood every single creation from god is meaningful.

I heard a story while attending a talk which host by my admirer speaker. He shares, his father unacceptable he born without his left hand and his legs. As consequences he receives less love from his father compare to his sibling. His father seldom hugs him. Until one day, his father went hunting. He has aimed at a female monkey on the tree. The monkey was shot and fell down from the tree. Once it reaches the ground. Little monkey came out and surround its mother. The female monkey was bleeding. It endures the pain moved to the youngest monkey and hugs it. Other monkeys screamed while the female monkey hugging them. After the female hug all monkeys, then lay down. Since that, the father no longer goes hunting. Besides that, his attitude toward his son change. He will start hugging him and give him all the loves. Today, the OKU has married and become successful lawyer.

The OKU’s dilemma and trauma always exists. The incomplete will always continue accompany. Those who are without hand still without hand and those who are deaf still are deaf. No matter how advance the technology, the substitute is unable to replace. Therefore, the OKU life is filled with challenges along with their age and time. Each time they cross a step, they will have a difficult task is waiting.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

OKU的困境和精神创伤
“如果我长得健全, 那是多么好啊。”这话出自每当OKU开始觉得我们自己缺少了些东西。小孩时期他们已有这种感觉了。无论是哪种残障:身体的残障,智障,或是多重残障。他们都希望自己有个健全的身体, 没有任何的残缺。但是,他们越是如此的想, 他们的困境越是多,心灵创伤越无法消除。

所谓的困境和精神创伤是来自环境四周。曾经一位我认识的OKU说:“我们不是OKU,只是社会把我们OKU!”我们对所面对的遭遇是多么失望和不满。我们会随着环境成长。从我们的教育方式,父母和家人的爱,朋友的相处方式,与社会的接触,这些都能让我们成长。身为OKU,我们面临的事物比别人还要艰难。 这些艰难会造成我们困境和心灵创伤。 也在考验我们如何平衡生活, 那四大因素是:坚持精神,头脑灵敏,情绪控制和完整身躯。

不止是OKU会感到困境和心灵创伤。 有时家人尤其是父母也会身同感受。 这种感觉将会更加强烈如果他们的小孩或家人是重残。 那些不会如何平衡这四大因素的人, 他们将会远离自己的家人已不用得到他人怪异的眼光。有些父母甚至抛弃自己的孩子。 那些会平衡的人, 他们将更加的坚强。因为他们了解上天的创造是有意义的。

我曾经出席一个让我钦佩的OKU演说人的讲座。 他分享,当年他父亲无法接受他生出来时少了左手和双腿。所以他得到的父爱比其他的兄弟姐妹来的少。他的父亲不曾抱他出外。直到那一天当他父亲去打猎。他瞄准了树上的一只母猴。母猴被射中了然后往下掉。当它着地时, 几只小猴子向前去围着母猴。母猴的身体被染上深红色的血。母猴忍着痛并集有所有的力量,东外西到走向最小的猴子并抱着它。其他的猴子一面尖叫,一面抱着母猴。当母猴抱完所有的猴子后 ,然后就躺着不动了。经此事,父亲醒觉了。那天起,他不再打猎。改变最大的是他的行为,无论去哪里,他都愿意抱着他。并把所有的爱都给他。如今这OKU已成家立业了。 而且还是个成功的律师。让他醒觉的是,动物都懂得爱,何况是人。

OKU的困境和心灵创伤是一直都存在的。不完整的部分将一直陪伴着。手有残缺的还是残缺,聋哑始终还是聋哑。 无论科技多么发达,代替品还是无法取代的。因此,OKU的生活充满了随着年龄和时代变迁的挑战。每跨一步,将有个难关在等待。