Khamis, 10 April 2008

Teksi Penyayang

Seperti yang saya jelaskan di artikel Masalah OKU dalam Perkhidmatan Kenderaan Awam sebelum ini, kita sedia maklum bahawa betapa perlunya golongan OKU dalam kenderaan awam khasnya teksi. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah usaha inisiatif yang dijalankan dalam mewujudkan teksi capaian kerusi roda (Wheelchair Accessible Taxi) di negara kita yang diberi nama Teksi Penyayang.

Kurang sokongan (pengusaha teksi & kerajaan)
Setelah berjumpa dengan beberapa buah syarikat pengusaha sistem teksi serta jabatan kerajaan tertentu berkaitan betapa perlunya kemudahan teksi untuk golongan OKU, jawapan yang diterima amatlah menghampakan. Pengusaha-pengusaha teksi menyatakan bahawa projek seumpama ini memerlukan modal yang amat besar dan risiko kerugian pun amat besar. Manakala pegawai-pegawai kerajaan yang ditemui pula memaklumkan bahawa tiada peruntukan dan rancangan bagi projek sedemikian. Maka satu-satunya jalan yang kami rasakan ialah usahakan sendiri demi kepentingan golongan OKU. Objektifnya ialah mewujudkan kesedaran bagi semua pihak dengan harapan ada pihak yang sudi mengambil alih dan menjayakannya. Pihak yang dimaksudkan ialah pengusaha teksi, syarikat korporat, atau pihak kerajaan di bawah kementerian tertentu.

Usaha kami
Sebagai langkah awal, rancangan rapi telah disusun. Ini termasuk kaji selidik keperluan golongan OKU dan kumpulan sasaran lain seperti warga emas, pesakit hospital, ibu sarat mengandung dan sebagainya (pengguna kerusi roda); mengenal pasti jenis kenderaan yang paling sesuai dengan mengambil kira kos belian dan penyelenggaraan; modal permulaan dan operasi; cara pengumpulan dana; kelulusan kementerian dan jabatan tertentu; sistem logistik; kadar sewaan yang berpatutan termasuk kadar penuh, separuh, dan percuma; kaedah sebaran; dan lain-lain. Kini usaha kami boleh dikatakan telah mencapai 60%. Ini termasuk pengubahsuaian kereta Perodua Kenari sebagai prototaip. Perbelanjaan yang telah digunakan setakat ini adalah lebih kurang RM100,000 (setelah hampir dua tahun usaha dijalankan). Namun, masih banyak usaha yang harus dijalankan serta setiap langkah mempunyai halangannya yang agak mencabar.

Masalah dan cabaran yang sedang dihadapi
Antara masalah yang kami hadapi ialah kekurangan dana, masalah birokrasi ketika berurusan dengan jabatan kerajaan tertentu, kekurangan pengetahuan teknikal terhadap pengubahsuaian kenderaan, dan pengalaman dalam operasi sistem logistik kenderaan awam. Namun segala cabaran tersebut lebih mudah dihadapi sekiranya pihak-pihak yang berkaitan mempunyai kesedaran dan keperihatinan terhadap kebajikan golongan OKU. Banyak pihak yang kami berurusan membuktikan bahawa negara kita masih jauh dalam mewujudkan persekitaran mesra OKU. Kadang-kadang terasa meluat apabila terlihat berlambak-lambak slogan bertopikkan masyarakat penyayang. Ini membuatkan saya teringat kata pujangga Inggeris “Well done better than well said!”.

Bantuan yang dikehendaki
Apa yang kami harapkan ialah golongan OKU diberi peluang untuk menikmati kemajuan negara dengan mewujudkan sistem pengangkutan awam yang sesuai untuk keperluan mereka. Oleh yang demikian Wheelchair Accessible Taxi haruslah dijayakan dengan kadar segera. Beberapa langkah yang dirasakan perlu adalah seperti berikut:
a. Pihak kerajaan di bawah kementerian tertentu sudi memberi geran atau subsidi dalam usaha yang sedang dijalankan.
b. Kementerian yang berkenaan sudi mengeluarkan surat sokongan bagi projek ini bagi memudahkan urusan permohonan-permohonan kelulusan tertentu.
c. Pengusaha pengeluaran kereta sudi memberi kerjasama dalam urusan berkaitan teknikal pengubahsuaian kereta.
d. Pihak berkaitan sudi tampil memberi khidmat nasihat berkaitan isu-isu berkaitan seperti akta pengangkutan, sistem logistik kemudahan awam, cara pengendalian operasi teksi, dan sebagainya.
e. Pihak swasta dan korporat sudi menjadi penaja bagi meringankan kos operasi dan tanggungan kadar sewaan bagi golongan OKU.

Manfaat sekiranya Teksi Penyayang diwujudkan
Kita harus sedar bahawa masalah golongan OKU bukanlah masalah kumpulan minoriti. Kebajikan golongan OKU adalah imej bagi sesebuah negara dalam menonjolkan identiti sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan dan masyarakat bersasiah tinggi. Usaha menangani isu kebajikan OKU haruslah dilaksanakan dengan lebih praktikal. OKU bukanlah golongan yang minta dikasihani dengan memberi wang ringgit dengan kononnya meringankan beban hidup mereka atau ahli keluarga, tetapi lebih bermakna sekiranya mereka juga sama-sama diberi peluang untuk keluar mencurahkan bakti kepada kemajuan negara. Dengan adanya Teksi Penyayang, mereka dapat keluar untuk bekerja, memudahkan mereka untuk mendapat pengajian sempurna, membolehkan mereka untuk mendapat perubatan, membawa mereka untuk beriadah. Manakala bagi masyarakat umum pula, kehadiran golongan OKU di khalayak ramai secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan fahaman masyarakat terhadap cabaran hidup mereka, golongan OKU tidak lagi umpama makhluk asing atau ‘alien’!

Sama-samalah kita gandingkan bahu dan mengorak langkah ke arah masyarakat yang ‘betul-betul’ penyayang. Kata pujangga Cina, “Tindakan yang bergerak adalah lebih berkesan daripada hati yang tergerak!”. Tiada kejayaan yang tercapai sekiranya kita hanya pandai melakar slogan indah tetapi kurangnya tindakan, tiada ilmu yang dipelajari sekiranya pengetahuan yang tidak disempurnakan. Anthony Robin berkata “In our life, a lot of people know what to do, but only few people do what they know… knowing is not enough, we must TAKE ACTION!”. Semoga Teksi Penyayang dapat beroperasi dalam tahun ini.






-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lovely Taxi
Just as before, in the article of “OKU in the public transportation vehicle's problem” mentioned that public transport especially taxi is important to OKU. I want to share our effort which is wheelchair's accessible taxi here.

Less supportive
In several discussions regarding the importance of public transport toward OKU with the taxi sector and related Government department, we obtain very disappointed answer. The taxi sector stated that this plan needs a large amount capital and high risk. Government department's officials mentioned that this plan has not brought any advantage for them. But this is the only way to fight the welfare for the OKU. Our goal is promotes public awareness. What I refer to is the taxi sector, the corporate company and the Government department.

Our efforts
In the beginning, there are several plans arranged. These are including distribution questionnaire to OKU and others target group like patient, pregnant woman and other wheelchair's user. Besides that, determination the type of automobile with most suits, the vehicle's capital, the expense needs and the operation, government's authorization, the fair rental. We probably have completed 60% work. This is including our re-equip vehicle -Kenari. So far, we have spent RM100,000. There is lot of hard work to remove the barrier.

Difficulties and challenge
We are facing problem such as lacks the fund, Government department's administration, the knowledge to re-equip the vehicle and the experience of logistic. However, these problems can be solve if the public sensitive for OKU’s welfare. When we carry this project, I thought that our country to meanly treats OKU, but also has the very far road. Sometimes I see those building lovely society slogans, I will feel repugnance. This remind me a phrases: “ Well done better than well said!”

Helps Need
What we hope that lets the OKU have the opportunity to enjoy the comfortable transportation vehicle that they demand. Therefore, wheelchair Accessible Taxi must complete as soon as possible. In order, the following steps need:
1. The Government department should be give allowance.2. The related Government department should show the supportive letters so that the application procedure to be simplified.3. Automobile sector should provide the knowledge and skill in re-equipping automobile. 4. The related public sector should be willing to give any related advice like Act of Transportation, logistic system, and others.5. Corporate company should be supporting this project to reduce OKU’s expenses.

Benefit of the lovely taxi
We should aware that the OKU’s problem is not only the minority group’s problems. However, the OKU group's welfare reflects to the national’s image. The solution of the OKU welfare problems should solve practically. OKU does not need others' pitying to obtain the money. However is to reduce the family member's and their burden. So, they have the opportunity to contribute to the country. The lovely taxi enables them to going out to work, to complete their studies, go for the medical check up. The appearance of the OKU group will enhance the public awareness. So that they understand the challenge OKU faces. They are no longer the alien.
Let us hand in hand toward to the truly lovely society. The Chinese proverb said: “action is better than heart!” If we only talk without action, we will not succeed. Anthony Robin once had said: “In our life, a lot of people know what to do, but only few people do what they know… Knowing is not enough, we must TAKE ACTION.” I wish the lovely taxi can be done in this year.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

爱心德士
正如我之前在“OKU 在公众交通工具的问题”文章中提到的,我们强调公共交通工具尤其是德士对OKU种群多么的重要性。 我想在这里分享我国可以载轮椅的德士-爱心德士。

缺乏支持(德士商家和政府)
在我们与几间德士商家和相关政府部门的商讨下,我们得到的是让人失望的答案。德士商家透漏,这计划需要很大的资本和面临损失的风险。而政府部门的官员则声称此计划没有为他们带来任何的好处。但是这是我们为了OKU福利唯一的方法。我们的目的是提升大众的意识。我指的是德士商家,公司或是政府部门。

我们的努力
初期,一连串计划被安排。 包括跟OKU族群和我们设定的对象如病人,孕妇和其他有用到轮椅的人士做出试卷调查。然后去确定那种汽车最适合和车的资本,需要的费用和运作,政府的批准,公道的租金,半免,全免和其他。我们大概完成了60%的工作 。这包括我们改装了我国的国产车 Kenari。到目前为止,我们大概花费了RM100,000 。但是我们还是需要更多的努力来排除每个难关。

我们需要面对的难题和挑战
其中的问题包括缺乏基金,政府部门的行政, 对改装车的知识和如何运作德士的行程经验。如果得到社会大众的协助,这些将不会是问题。当我们进行这计划时,我觉得我国离友善对待OKU,还有很远的路。有时当我看见那些建造爱心社会口号, 让我觉得反感。我更想起一句英文俗话 :“说得好不如做的好!”

需要的帮助
我们希望的是,让OKU族群有机会享受符合他们需求的交通工具。因此,wheelchair Accessible Taxi 必须尽快完成。
以下协助是需要的:
政府部门给予津贴
相关政府部门应出示支持函件,以简便申请手续。
汽车商家在改装汽车知识和技巧的合作
相关人士愿意给予任何相关劝告例如:交通守则,交通运作,德士操作等等问题。
私营化公司愿意资助以减轻OKU的资金运用和花费。

爱心德士的益处
我们必须知道OKU族群的问题不只是小群组的问题。 OKU族群的福利反映一个国家的形象。OKU的福利问题需要更实践的解决。OKU 不是要想别人的怜悯以得到钱。而是为了减低自己与家人的负担。更重要的是他们有机会贡献给国家。爱心德士让他们能出外工作,的到完整的学业,医药治疗,复建。OKU族群的出现将提高公众人士的醒觉和更了解OKU面对的挑战。他们不再被誉为外星人或怪物。

让我们一起并肩迈向真正的爱心社会。俗语说:“心动不如行动!”如果我们只是会把说的漂亮,是不会成功的。Anthony Robin曾说过:“很多人知道需要做些什么,但只有少数的人做他们知道的。知道是不足够的,一定要行动。”愿爱心德士能在这年能完成。