Khamis, 9 Oktober 2008

Disabled to Disabled Services

Kecekalan OKU merupakan nadi yang memastikan seseorang OKU itu mampu menempuhi segala rintangan. Apatah lagi sekiranya seseorang yang cukup sifat fizikalnya tiba-tiba menjadi OKU. Bolehkah dia menerima dugaan hidup ini dengan menganggap apa yang ditempuhinya sebagai rahmat disebalik-Nya?

Apa yang saya ingin berkongsi di sini ialah kisah kecekalan seorang OKU. Kisah di mana kuasa kecekalan OKU tersebut bukan sahaja memberi harapan untuk beliau terus cekal menempuhi liku-liku hidup sebagai insan OKU, malah kecekalan beliau untuk membantu OKU lain dapat meneruskan perjalanan. Itulah beliau, Steve Chin.

Dalam menjalankan perniagaan membina laman web, saya telah berkenalan dengan seorang OKU. Beliau mempelawa saya untuk ke ‘pejabat’nya bagi membincang keperluan laman web yang dikehendaki untuk perniagaannya. Seperti kebanyakan OKU lain, ‘pejabat’ juga adalah rumah kediaman. Apa yang lebih hebat ialah ‘pejabat’ beliau bukan sahaja rumah, tetapi juga kilang. Kilang pengeluaran ‘kaki’ yang amat diperlukan OKU berkerusi roda, iaitu kilang kerusi roda elektronik.


Steve Chin yang berasal dari Johor merupakan insan OKU yang berhati waja. Tanggal 19 March 1985 merupakan titik permulaan Steve mengasah kecekalannya. Disebabkan satu kemalangan jalan raya ketika beliau bekerja di Singapura, Steve menjadikan hospital sebagai tempat ‘kediamannya’ selama satu tahun. Dalam satu tahun itu juga merupakan peristiwa ‘peperangan’ antara jiwa dan kenyataan serta hakikat yang perlu diterima oleh beliau. Badan beliau lumpuh. Kaki menjadi kaku dan tangan tidak mampu bergerak lagi.


Steve bersyukur setelah beliau memahami bahawa setiap peristiwa yang berlaku ada rahmat disebalik-Nya. Setelah gigih melatih tangan beliau dengan menggunakan otot-otot yang termampu, akhirnya beliau mampu memegang sesuatu. Walaupun tidak sekuat dulu, namun yang paling penting ialah mampu mengurus buang air besar dan kecil dengan sendiri. Itulah langkah pertama yang beliau inginkan untuk menempuh beratus ribu langkah yang seterusnya.
Setelah sekian lama hidup sebagai insan OKU, kini Steve Chin mampu dianggap ‘best of the best’ di kalangan OKU. Beliau bukan sahaja mampu berdikari, malah memiliki perniagaan yang murni, iaitu menghasilkan kerusi roda elektronik. Kerusi roda beliau merupakan kerusi roda elektronik pertama keluaran tempatan, dan kerusi roda elektronik yang dihasilkan oleh OKU sepenuhnya!


Saya begitu kagum dengan keazaman beliau. Beliau mampu mengharungi kehidupan sebagai OKU yang lumpuh, beliau memberi peluang kerja kepada OKU lain untuk sama-sama menghasilkan kerusi roda elektronik, beliau mampu menawarkan kemudahan kepada OKU yang memerlukan pergerakan yang lebih sempurna, dan beliau patut menjadi kebanggaan kita semua kerana berjaya mengeluarkan kerusi roda elektronik buatan tempatan.


Menerut Steve, apa yang beliau capai hari ini hanyalah permulaan. Beliau bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan lain yang sama-sama mengusahakan perniagaannya. Namun berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Selain daripada kemahiran selok belok perniagaan yang menjadi masalah, perniagaan beliau juga tidak terkecuali daripada perspektif masyarakat yang merendahkan kemampuan OKU. Apa yang diperlukan oleh Steve bukanlah kasih simpati, tetapi peluang. Peluang untuk beliau dan rakan-rakan OKU lain untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan Negara. Oleh itu, saya rasakan perniagaan Steve haruslah dibantu oleh sektor kerajaan di bawah jabatan tertentu atau yang berkenaan. Bantuan tersebut lebih kepada slogan ‘Instead of giving fish, teach them how to fish!’


Laman web perniagaan beliau telah berjaya dibina oleh kami. Untuk sesiapa yang berminat mengenali insan OKU yang berhati waja ini, silalah kunjungi http://www.dtodservices.com/. D to D Services adalah nama perniagaan beliau yang bermaksud Disabled to Disabled Services. Saya menyeru kepada sesiapa yang mengunjungi laman web beliau, tolong hebahkan laman web beliau untuk kenalan anda, sama ada dengan email atau SMS. Mungkin anda dak memerlukan perniagaan yang dijalankan oleh beliau, tetapi kemungkinan ada orang lain yang amat memerlukan kerusi roda elektronik tersebut. Jasa anda bukan sahaja membantu beliau, malah anda sama-sama menyumbang aktiviti ke arah masyarakat penyayang. Terima kasih.

Sabtu, 26 Julai 2008

Disability not a barrier


By Ng Suzhen
http://www.mmail. com.my/Current_ News/mm/Thursday /Hotnews/ 20080717083143/Article/index_html

INSTEAD of crying over their misfortune, five intrepid disabled young men and women have come together to set up a website design company called Image Ku Creative and are looking forward to greater challenges.

Wheelchair bound L.K.Tham, 34, one of the web programmers of Image Ku Creative which was set up in November 2007, is the only one among them who wasn't born with a disability.

"I used to be a lorry driver until I met with a motorcycle accident and injured my spinal cord."

He can't fully use his hands as the motor neurons were damage. "Well that's all past. What's the use of thinking about the past ...I am functioning just as well now," said Tham.

However, wheelchairbound graphic designer, Ku Chun Lian, 31, has one complaint."There are a lot of places in Malaysia that are not wheelchair friendly.

" She said she loses clients every now and then because she cannot go up to the client's place which lacks facilities for the handicapped.

"We had a client who asked us to meet him at his apartment. When we got there there we coudn't get to the lift because the place did not have access for the disabled.

"The potential client ended up informing us that he will look other website companies," she lamented.

Goh Kuan Then, 21, who is also wheelchair bound takes care of web programming.

"Although we have just formed the company we too can provide all things related to web design and set ups just like other companies."

Out of the five employees, the only one who is not wheelchair-bound is 34-year-old James Ong, the general manager of Image Ku Creative. James, who is born with a dwarfish arm takes care of marketing services as he is more mobile compared to the others.He joined the company in March 2008.

According to administrator, Lynn Yew, 23, who is also wheelchair-bound, they wanted to bring in somebody to do the leg work as "all of us" are wheelchairbound so this was how James got into the picture.

James is also a coordinator with the Shuang Fu Disabled Independent Living Association, which provided the initial fundings for Image Ku Creative.

"The company now is doing quite well and we are earning enough to cover the company's expenses and don't need to rely on funding anymore," said James.

Isnin, 9 Jun 2008

Peluang Kerja/ Rezeki OKU

Peluang Kerja/ Rezeki OKU

Jam telah menunjukkan hampir 2:30 pagi, namun mata ini belum dapat lelap walaupun baring di atas katil sejak 2 jam yang lepas. Apa di dalam minda ini? Rupa-rupanya rasa terlalu gembira dan teruja untuk membawa berita menarik bagi kawan-kawan OKU pada esok pagi!

Kerja HEBAT untuk OKU!!! Begitulah ayat ringkas yang terngiang-ngiang setelah kembali dari seminar di Cititel tadi. Untuk tidak membuangkan masa yang asyik berbaring ke kiri ke kanan atas katil, lebih baik saya tuliskan sesuatu di blog saya ini, sekurang-kurangnya ada berita menarik yang boleh dikongsikan bersama pembaca.

Begini ceritanya, saya menghandiri satu seminar yang dianjurkan oleh sebuah syarikat korporat dalam perniagaan ASP (Applications Service Provider) di hotel Cititel bermula 8:00 malam tadi. Jemputan seminar tersebut saya terima dari email. Pada mulanya agak keberatan kerana sekarang ini banyak sangat jemputan seminar-seminar yang berciri SCK (Skim Cepat Kaya) dengan bertopengkan eCommerce. Tetapi apabila terfikirkan salah satu tanggungjawab yang sedang saya pikul sebagai seorang pekerja social sekarang ialah mencari peluang pekerjaan kepada OKU, maka tergerak hati ini untuk pergi menjenguk, mana tahu kalau-kalau ada rezeki nanti.

Apabila melangkah masuk ke kaunter pendaftaran, ternampak poster Jutawan Internet Malaysia, Dr.Irfan Khairi tergantung. Terasa hati ini untuk melihat idola internet Malaysia ini. Seminar bermula dengan taklimat penceramah pertama, COO (Chief Operation Officer) Mr.Allen Lee. Walaupun ucapan beliau berbahasa rojak, tetapi penuh dengan informasi dan jenaka. Rupa-rupanya syarikat ini menawarkan rezeki bagi kerja sebagai authorize agent produk communication, satelite channel, dan finance yang sedang panas di parasan, antaranya TM Products, Celcom Power Tools, TMnet Streamyx, MOBIF Izzinet Broadband, Celcom 3GBroadband, MBF Credit Card, Astro, dan lain-lain. Yang menariknya, semua barangan tersebut memang menjadi keperluan untuk semua sekarang: siapa yang tidak guna telifon? Berapa pendaftaran Streamyx setiap hari (berlambak-lambak iklan gantung ditepi jalan)? Siapa yang tidak mahu menjimatkan bil telefon setiap bulan?bla, bla, bla... semuanya ingin, kan? Tambahan lagi produk-produk tersebut boleh mengurangkan penggunaan petrol! (Isu yang sedang hangat akibat kenaikan petrol dan diesel) Maka produk-produk tersebut boleh membantu orang ramai berjimat. Yang lagi bestnya, untuk mendapatkan lisen authorize agent bagi semua produk tersebut, syarikat korporat ASP ini telah mengaturkan pinjaman bank dan mereka sendiri sebagai penjamin!

Penceramah kedua pula ialah seorang motivator sohor, Ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Penuh bersemangat dengan ceramah beliau, pendengar juga tidak kering gusi dibuatnya. Dan terakhir ialah Dr.Irfan Khairi yang menjadi idola internet saya dan warga Malaysia!

Apa pula kaitan dengan peluang kerja OKU? Minggu ini saya sedang sibuk dengan menyediakan teks ucapan untuk memberi seminar pada satu majlis agak besar pada buan Ogos, tajuk ceramah saya ialah Peluang Kerja untuk OKU: Satu Cabaran yang Perlu Dirialisasikan. Dalam menyediakan isi-isi kertas ceramah tersebut, banyak yang saya pelajari. Salah satu daripadanya ialah kerja berkonsep SOHO (Small Office Home Office), atau dengan kata mudah kerja di rumah. Jadi kerja berkonsep SOHO adalah yang paling sesuai untuk OKU, terutamanya OKU Tahap Berat. Mereka boleh bekerja di depan computer di rumah sambil dijaga oleh penjaga apabila perlukan bantuan untuk makan minum atau ke tandas. Di samping itu kemudahan computer dan internet menjadi medium utama mereka untuk berhubung dengan dunia luar.

Jadi cuba bayangkan, orang ramai yang ingin berdaftar line telifon rumah atau pejabat, Streamyx, Celcom, Astro, dan lain-lain boleh dibuat melalui internet atau telifon dengan OKU yang terlatih tersebut. Cara pendaftarannya sama saja di mana-mana cawangan, iaitu isi borong, lepas itu fax atau poskan. Atau dengan lebih mudah, masuk ke internet untuk isikan borang dan terus klik Submit. Jadi, daripada berdaftar dengan ajen-ejen yang mempunyai kemampuan untuk bergerak ke sana ke mari (bukan OKU), mana lebih baik berdaftar dengan OKU yang peluang rezeki mereka dihad oleh kebebasan bergerak? Saya ulangkan sekali lagi: cara dan prosedur pendaftaran adalah sama. Maka cuba bayangkan, apabila berdaftar dengan OKU, anda bukan sahaja tetap mendapat perkhidmatan samada Streamyx, Celcom, Astro, TMnet dan sebagainya dengan kualiti yang sama, malah anda telah membantu OKU mengharungi cabaran hidup ini! Mereka bukannya peminta sedekah, meminta simparti atau belas kesian, tetapi mereka perlukan peluang yang anda mampu berikan! Jadi, mengapa tidak sedekahkan sahaja rezeki tersebut kepada OKU daripada anda sedekahkannya kepada BOKU (Bukan OKU)? Fikir-fikirkanlah...

Jam sekarang dah hampir 4 pagi, oklah…rasanya dah boleh tidur. Alamak, terasa lagi susah tidur… sebab terlalu excited untuk cerita kat member-member OKU esok pagi…alamak, tak tidur la malam ini!!!

p/s: Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, janganlah keberatan untuk menghubungi saya…019-2702083 (saya rela mengambil risiko daripada mereka yang ‘mempermainkan’ no.telifon saya ini demi kesejahteraan hidup OKU!)

Khamis, 10 April 2008

Teksi Penyayang

Seperti yang saya jelaskan di artikel Masalah OKU dalam Perkhidmatan Kenderaan Awam sebelum ini, kita sedia maklum bahawa betapa perlunya golongan OKU dalam kenderaan awam khasnya teksi. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah usaha inisiatif yang dijalankan dalam mewujudkan teksi capaian kerusi roda (Wheelchair Accessible Taxi) di negara kita yang diberi nama Teksi Penyayang.

Kurang sokongan (pengusaha teksi & kerajaan)
Setelah berjumpa dengan beberapa buah syarikat pengusaha sistem teksi serta jabatan kerajaan tertentu berkaitan betapa perlunya kemudahan teksi untuk golongan OKU, jawapan yang diterima amatlah menghampakan. Pengusaha-pengusaha teksi menyatakan bahawa projek seumpama ini memerlukan modal yang amat besar dan risiko kerugian pun amat besar. Manakala pegawai-pegawai kerajaan yang ditemui pula memaklumkan bahawa tiada peruntukan dan rancangan bagi projek sedemikian. Maka satu-satunya jalan yang kami rasakan ialah usahakan sendiri demi kepentingan golongan OKU. Objektifnya ialah mewujudkan kesedaran bagi semua pihak dengan harapan ada pihak yang sudi mengambil alih dan menjayakannya. Pihak yang dimaksudkan ialah pengusaha teksi, syarikat korporat, atau pihak kerajaan di bawah kementerian tertentu.

Usaha kami
Sebagai langkah awal, rancangan rapi telah disusun. Ini termasuk kaji selidik keperluan golongan OKU dan kumpulan sasaran lain seperti warga emas, pesakit hospital, ibu sarat mengandung dan sebagainya (pengguna kerusi roda); mengenal pasti jenis kenderaan yang paling sesuai dengan mengambil kira kos belian dan penyelenggaraan; modal permulaan dan operasi; cara pengumpulan dana; kelulusan kementerian dan jabatan tertentu; sistem logistik; kadar sewaan yang berpatutan termasuk kadar penuh, separuh, dan percuma; kaedah sebaran; dan lain-lain. Kini usaha kami boleh dikatakan telah mencapai 60%. Ini termasuk pengubahsuaian kereta Perodua Kenari sebagai prototaip. Perbelanjaan yang telah digunakan setakat ini adalah lebih kurang RM100,000 (setelah hampir dua tahun usaha dijalankan). Namun, masih banyak usaha yang harus dijalankan serta setiap langkah mempunyai halangannya yang agak mencabar.

Masalah dan cabaran yang sedang dihadapi
Antara masalah yang kami hadapi ialah kekurangan dana, masalah birokrasi ketika berurusan dengan jabatan kerajaan tertentu, kekurangan pengetahuan teknikal terhadap pengubahsuaian kenderaan, dan pengalaman dalam operasi sistem logistik kenderaan awam. Namun segala cabaran tersebut lebih mudah dihadapi sekiranya pihak-pihak yang berkaitan mempunyai kesedaran dan keperihatinan terhadap kebajikan golongan OKU. Banyak pihak yang kami berurusan membuktikan bahawa negara kita masih jauh dalam mewujudkan persekitaran mesra OKU. Kadang-kadang terasa meluat apabila terlihat berlambak-lambak slogan bertopikkan masyarakat penyayang. Ini membuatkan saya teringat kata pujangga Inggeris “Well done better than well said!”.

Bantuan yang dikehendaki
Apa yang kami harapkan ialah golongan OKU diberi peluang untuk menikmati kemajuan negara dengan mewujudkan sistem pengangkutan awam yang sesuai untuk keperluan mereka. Oleh yang demikian Wheelchair Accessible Taxi haruslah dijayakan dengan kadar segera. Beberapa langkah yang dirasakan perlu adalah seperti berikut:
a. Pihak kerajaan di bawah kementerian tertentu sudi memberi geran atau subsidi dalam usaha yang sedang dijalankan.
b. Kementerian yang berkenaan sudi mengeluarkan surat sokongan bagi projek ini bagi memudahkan urusan permohonan-permohonan kelulusan tertentu.
c. Pengusaha pengeluaran kereta sudi memberi kerjasama dalam urusan berkaitan teknikal pengubahsuaian kereta.
d. Pihak berkaitan sudi tampil memberi khidmat nasihat berkaitan isu-isu berkaitan seperti akta pengangkutan, sistem logistik kemudahan awam, cara pengendalian operasi teksi, dan sebagainya.
e. Pihak swasta dan korporat sudi menjadi penaja bagi meringankan kos operasi dan tanggungan kadar sewaan bagi golongan OKU.

Manfaat sekiranya Teksi Penyayang diwujudkan
Kita harus sedar bahawa masalah golongan OKU bukanlah masalah kumpulan minoriti. Kebajikan golongan OKU adalah imej bagi sesebuah negara dalam menonjolkan identiti sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan dan masyarakat bersasiah tinggi. Usaha menangani isu kebajikan OKU haruslah dilaksanakan dengan lebih praktikal. OKU bukanlah golongan yang minta dikasihani dengan memberi wang ringgit dengan kononnya meringankan beban hidup mereka atau ahli keluarga, tetapi lebih bermakna sekiranya mereka juga sama-sama diberi peluang untuk keluar mencurahkan bakti kepada kemajuan negara. Dengan adanya Teksi Penyayang, mereka dapat keluar untuk bekerja, memudahkan mereka untuk mendapat pengajian sempurna, membolehkan mereka untuk mendapat perubatan, membawa mereka untuk beriadah. Manakala bagi masyarakat umum pula, kehadiran golongan OKU di khalayak ramai secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan fahaman masyarakat terhadap cabaran hidup mereka, golongan OKU tidak lagi umpama makhluk asing atau ‘alien’!

Sama-samalah kita gandingkan bahu dan mengorak langkah ke arah masyarakat yang ‘betul-betul’ penyayang. Kata pujangga Cina, “Tindakan yang bergerak adalah lebih berkesan daripada hati yang tergerak!”. Tiada kejayaan yang tercapai sekiranya kita hanya pandai melakar slogan indah tetapi kurangnya tindakan, tiada ilmu yang dipelajari sekiranya pengetahuan yang tidak disempurnakan. Anthony Robin berkata “In our life, a lot of people know what to do, but only few people do what they know… knowing is not enough, we must TAKE ACTION!”. Semoga Teksi Penyayang dapat beroperasi dalam tahun ini.






-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lovely Taxi
Just as before, in the article of “OKU in the public transportation vehicle's problem” mentioned that public transport especially taxi is important to OKU. I want to share our effort which is wheelchair's accessible taxi here.

Less supportive
In several discussions regarding the importance of public transport toward OKU with the taxi sector and related Government department, we obtain very disappointed answer. The taxi sector stated that this plan needs a large amount capital and high risk. Government department's officials mentioned that this plan has not brought any advantage for them. But this is the only way to fight the welfare for the OKU. Our goal is promotes public awareness. What I refer to is the taxi sector, the corporate company and the Government department.

Our efforts
In the beginning, there are several plans arranged. These are including distribution questionnaire to OKU and others target group like patient, pregnant woman and other wheelchair's user. Besides that, determination the type of automobile with most suits, the vehicle's capital, the expense needs and the operation, government's authorization, the fair rental. We probably have completed 60% work. This is including our re-equip vehicle -Kenari. So far, we have spent RM100,000. There is lot of hard work to remove the barrier.

Difficulties and challenge
We are facing problem such as lacks the fund, Government department's administration, the knowledge to re-equip the vehicle and the experience of logistic. However, these problems can be solve if the public sensitive for OKU’s welfare. When we carry this project, I thought that our country to meanly treats OKU, but also has the very far road. Sometimes I see those building lovely society slogans, I will feel repugnance. This remind me a phrases: “ Well done better than well said!”

Helps Need
What we hope that lets the OKU have the opportunity to enjoy the comfortable transportation vehicle that they demand. Therefore, wheelchair Accessible Taxi must complete as soon as possible. In order, the following steps need:
1. The Government department should be give allowance.2. The related Government department should show the supportive letters so that the application procedure to be simplified.3. Automobile sector should provide the knowledge and skill in re-equipping automobile. 4. The related public sector should be willing to give any related advice like Act of Transportation, logistic system, and others.5. Corporate company should be supporting this project to reduce OKU’s expenses.

Benefit of the lovely taxi
We should aware that the OKU’s problem is not only the minority group’s problems. However, the OKU group's welfare reflects to the national’s image. The solution of the OKU welfare problems should solve practically. OKU does not need others' pitying to obtain the money. However is to reduce the family member's and their burden. So, they have the opportunity to contribute to the country. The lovely taxi enables them to going out to work, to complete their studies, go for the medical check up. The appearance of the OKU group will enhance the public awareness. So that they understand the challenge OKU faces. They are no longer the alien.
Let us hand in hand toward to the truly lovely society. The Chinese proverb said: “action is better than heart!” If we only talk without action, we will not succeed. Anthony Robin once had said: “In our life, a lot of people know what to do, but only few people do what they know… Knowing is not enough, we must TAKE ACTION.” I wish the lovely taxi can be done in this year.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

爱心德士
正如我之前在“OKU 在公众交通工具的问题”文章中提到的,我们强调公共交通工具尤其是德士对OKU种群多么的重要性。 我想在这里分享我国可以载轮椅的德士-爱心德士。

缺乏支持(德士商家和政府)
在我们与几间德士商家和相关政府部门的商讨下,我们得到的是让人失望的答案。德士商家透漏,这计划需要很大的资本和面临损失的风险。而政府部门的官员则声称此计划没有为他们带来任何的好处。但是这是我们为了OKU福利唯一的方法。我们的目的是提升大众的意识。我指的是德士商家,公司或是政府部门。

我们的努力
初期,一连串计划被安排。 包括跟OKU族群和我们设定的对象如病人,孕妇和其他有用到轮椅的人士做出试卷调查。然后去确定那种汽车最适合和车的资本,需要的费用和运作,政府的批准,公道的租金,半免,全免和其他。我们大概完成了60%的工作 。这包括我们改装了我国的国产车 Kenari。到目前为止,我们大概花费了RM100,000 。但是我们还是需要更多的努力来排除每个难关。

我们需要面对的难题和挑战
其中的问题包括缺乏基金,政府部门的行政, 对改装车的知识和如何运作德士的行程经验。如果得到社会大众的协助,这些将不会是问题。当我们进行这计划时,我觉得我国离友善对待OKU,还有很远的路。有时当我看见那些建造爱心社会口号, 让我觉得反感。我更想起一句英文俗话 :“说得好不如做的好!”

需要的帮助
我们希望的是,让OKU族群有机会享受符合他们需求的交通工具。因此,wheelchair Accessible Taxi 必须尽快完成。
以下协助是需要的:
政府部门给予津贴
相关政府部门应出示支持函件,以简便申请手续。
汽车商家在改装汽车知识和技巧的合作
相关人士愿意给予任何相关劝告例如:交通守则,交通运作,德士操作等等问题。
私营化公司愿意资助以减轻OKU的资金运用和花费。

爱心德士的益处
我们必须知道OKU族群的问题不只是小群组的问题。 OKU族群的福利反映一个国家的形象。OKU的福利问题需要更实践的解决。OKU 不是要想别人的怜悯以得到钱。而是为了减低自己与家人的负担。更重要的是他们有机会贡献给国家。爱心德士让他们能出外工作,的到完整的学业,医药治疗,复建。OKU族群的出现将提高公众人士的醒觉和更了解OKU面对的挑战。他们不再被誉为外星人或怪物。

让我们一起并肩迈向真正的爱心社会。俗语说:“心动不如行动!”如果我们只是会把说的漂亮,是不会成功的。Anthony Robin曾说过:“很多人知道需要做些什么,但只有少数的人做他们知道的。知道是不足够的,一定要行动。”愿爱心德士能在这年能完成。

Jumaat, 16 November 2007

Kursus untuk Pekerja Sosial – Kursus yang amat diperlukan


Pada 13 hingga 16 Nov 2007, saya telah menghadiri satu kursus berkaitan profesyen sebagai pekerja sosial, yang bertajuk Professional Accountable Practise (PAP), di Hotel Midah, Kuala Lumpur. Kursus ini dikendali oleh Persatuan Pekerja Sosial Malaysia di bawah sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pensyarah pula termasuk mereka yang bertauliah dan amat berpengalaman iaitu Ms.Elsie Lee, Ms.Amy Bala, dan En.Andrew.

Manakala peserta pula terdiri daripada pelbagai persatuan kebajikan dan sukarelawan termasuk:
1. Pusat Jagaan Desa Amal Jaireh (Elizabeth – home staff)
2. Tasputra Perkim (Grace Jackson – Supervisor)
3. Praise Emmanuel Childrens Home (Kalandasamy – Home Manager)
4. Agape Counseling Centre Malaysia (Lai Kaew Fa – Chief Operating Officer)
5. Pusat Jagaan Anbu Illam (Nadarajan – Administrator)
6. Shelter, KL (Nelson Daniel – Administrator Officer)
7. Praise Emmanuel Childrens Home (Noorin Yuvarani – Volunteer)
8. Pusat Jagaan Nur Salam (Raja Azizan – Executive Director)
9. Persatuan Kristian Shuang Fu untuk OKU (Ong Boo Siong – Barrier Free Project Coordinator)
10. Shelter, PJ (Shanta Priya – Volunteer)
11. WAO (Siti Salina – Pegawai Pekerja Sosial)
12. Rumah Charis (Teo Lih Chu – Administrator)
13. Rumah Charis (Yong Choi Peng – House Mother)
14. Ps The Children (Wong Lai Cheng – Prevention Officer)

Melalui kursus ini kami bukan sahaja berpeluang mengenali antara satu sama lain, malah dapat bertukar maklumat dan menjadi perujuk kepada klient di dalam NGO lain apabila memerlukan bantuan yang berkaitan.

Kursus ini juga penuh dengan ilmu pengetahuan dalam bidang pengendalian kerja sosial secara profesional dan skil yang amat diperlukan. Cuba bayangkan para peserta mendapat ilmu dan pengalaman daripada para pensyarah yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam kerja-kerja sosial. Walaupun jadual amat ketat dengan ilmu dan latihan, namun para pensyarah berjaya menyalurkan pengetahuan yang amat diperlukan kepada peserta. Dengan pengetahuan yang dipelajari, saya percaya amalan kerja sosial para peserta akan menjadi lebih sempurna dan profesional di NGO masing-masing.

Saya berharap kursus seumpama ini dapat diperbanyakkan untuk menjadikan amalan kerja sosial di negara kita lebih efisyen. Masalah sosial di negara kita haruslah ditangani dengan bijaksana dan secara bersama. Kita dapat lihat bermacam jenis slogan indah dalam seruan agar masyarakat giat mengatasi masalah sosial, namun keberkesanan dan pelaksanaannya entah di mana. Mungkin masalahnya ialah cara pelaksanaan yang tidak betul. Oleh itu syabas diucapkan kepada para pensyarah dan organisasi yang terlibat dalam usaha meningkatkan keberkesanan peranan NGO dan kerja-kerja sosial seperti kursus ini, usaha anda semua amat dihargai… semoga Malaysia kita akan menjadi Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang!


------------------------------------------------------------------------------------
Course for social worker – course that needed

From 13th to 16th November 2007, I attend a course that related with professional as a social worker which titled “Professional Accountable Practise” (PAP) at Hotel Midah, Kuala Lumpur. This course was handle by Persatuan Perkerja Social Malaysia under the support of Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lecture that teaches and very experience is Ms.Elsie Lee, Ms.Amy Bala and En.Andrew. Where else the participant form from various society included:
1. Pusat Jagaan Desa Amal Jaireh (Elizabeth – home staff)
2. Tasputra Perkim (Grace Jackson – Supervisor)
3. Praise Emmanuel Childrens Home (Kalandasamy – Home Manager)
4. Agape Counseling Centre Malaysia (Lai Kaew Fa – Chief Operating Officer)
5. Pusat Jagaan Anbu Illam (Nadarajan – Administrator)
6. Shelter, KL (Nelson Daniel – Administrator Officer)
7. Praise Emmanuel Childrens Home (Noorin Yuvarani – Volunteer)
8. Pusat Jagaan Nur Salam (Raja Azizan – Executive Director)
9. Persatuan Kristian Shuang Fu untuk OKU (Ong Boo Siong – Barrier Free Project Coordinator)
10. Shelter, PJ (Shanta Priya – Volunteer)
11. WAO (Siti Salina – Pegawai Pekerja Sosial)
12. Rumah Charis (Teo Lih Chu – Administrator)
13. Rumah Charis (Yong Choi Peng – House Mother)
14. Ps The Children (Wong Lai Cheng – Prevention Officer)

Through this course we not only have the opportunity to know each others, we also can exchange information and target among client in different NGO when we need help. This course full with knowledge that handles with social works and the skills needed. Imagine how many participants get the knowledge and experience from different lecture that has experience more than 30 years in social work. Although the schedule is very tight with knowledge and exercise, but the lecture manage to spread the knowledge that needed to the participant. With knowledge that learned, I believe those social worker will become more complete and professional in each NGO. I hope this course can make the social worker of this country more efficient. The social problem in our country has to be overcome with wise. We can see different slogan that ensure public active in social activities, but how much was the efficiency? Maybe the problem is the way to launch it was wrong. That’s why thanks to those lecture and organization that involve in increasing efficiency of the role of NGO and other social work like this. Hope Malaysia will become better!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

社会工作者课程-需要的课程
2007年11月13到16日,我出席了在吉隆坡Hotel Midah进行的课程,此课程是关于专业社工。题为 “专业责任实践”(PAP)。 这课程是由Persatuan Perkerja Social Malaysia主办,Jabatan Kebajikan Masyarakat协办下展开。Ms.Elsie Lee, Ms.Amy Bala和En.Andrew都是非常经验的演讲者。 所有参与者来自不同的社会团体包括:
1. Pusat Jagaan Desa Amal Jaireh (Elizabeth – home staff)
2. Tasputra Perkim (Grace Jackson – Supervisor)
3. Praise Emmanuel Childrens Home (Kalandasamy – Home Manager)
4. Agape Counseling Centre Malaysia (Lai Kaew Fa – Chief Operating Officer)
5. Pusat Jagaan Anbu Illam (Nadarajan – Administrator)
6. Shelter, KL (Nelson Daniel – Administrator Officer)
7. Praise Emmanuel Childrens Home (Noorin Yuvarani – Volunteer)
8. Pusat Jagaan Nur Salam (Raja Azizan – Executive Director)
9. Persatuan Kristian Shuang Fu untuk OKU (Ong Boo Siong – Barrier Free Project Coordinator)
10. Shelter, PJ (Shanta Priya – Volunteer)
11. WAO (Siti Salina – Pegawai Pekerja Sosial)
12. Rumah Charis (Teo Lih Chu – Administrator)
13. Rumah Charis (Yong Choi Peng – House Mother)
14. Ps The Children (Wong Lai Cheng – Prevention Officer)

通过这个课程我们不仅有机会认识其他人,我们更向不同的NGO互相交换资料,以便日后我们需要帮助。 这个课程富有知识,我们充分了解如何处理与需要的技巧。 想象参加者从在社会服务有超过30年经验的演讲者得到的知识和经验。 虽然日程表编排的非常紧凑,但是演讲者还是设法传播知识给参与者。 通过学习,我相信所有的社工将在自己的领域里变得更完整和专业。 我希望通过课程,使在这个国家社工更加有效率。 我国还有很多的社会问题必须明智地解决。 我们能听到不同的口号来确保大众活跃在社会活动,但有多少是有效的? 或许是推广方式出l了问题。 感谢主办单位和演讲者的努力以提升NGO和其他社会工作的素质。 希望马来西亚变得更好!

Selasa, 2 Oktober 2007

Coretan daripada bekas anak murid...

Hi Mr.Ong,
I'm Philip from SMK BUD 4. Still remember me? I wrote a short article for your blog in BM. It is about you. Pls have a look at it and if its ok post it up in your blog. Thanks.
---------------------------------------------------------------------------------
Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog 'Malaysiaku Mesra OKU'.
Pertama sekali, saya ingin memberitahu sedikit mengenai diri saya. Nama saya Philip Yong. Saya berumur 17 tahun pada tahun ini. Tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana saya ingin cerita sedikit mengenai ketabahan En.Ong. Saya mengenali En.Ong di sekolah menengah saya iaitu di SMK Bandar Utama Damansara (4) semasa beliau menjadi guru pakar komputer di situ beberapa tahun lalu. Sejak beliau berkhidmat di situ En.Ong disukai oleh semua pelajar termasuk saya.

En.Ong selalu sedia mengajar dan membimbing kami apabila kami memerlukan tunjuk ajar beliau. Saya telah mendapat banyak nasihat dan bimbingan daripade beliau. Jika bukan dengan bimbingan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh beliau sudah pasti saya tidak akan membesar menjadi seorang yang berguna.

Apa yang saya amat kagum dengan beliau adalah keyakinannya. Beliau tidak pernah putus asa dalam apa-apa pun. Walaupun tangan kanan beliau kurang berupaya maka En.Ong tidak membiar cabaran itu menjadi halangannya. Hal ini boleh dibukti dengan video muzik beliau yang bergaya sekali. Beliau juga seorang yang amat baik hati. Hal ini terbuktilah dengan permulaan blog ini oleh beliau. Beliau juga sentiasa menghulurkan bantuan kepada OKU di seluruh Malaysia. Sikap baik hati beliau ini patut diamalkan dan diteladani oleh semua orang.
En.Ong juga seorang yang suka alam sekitar. Saya bersama rakan-rakan saya dan En.Ong pernah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendol. Selain itu, En.Ong juga bersama-sama kami mendaki Gunung Angsi yang terletak di hutan lipur tersebut. Kini, beliau telah berkahwin dengan gadis idamannya dan dikurniakan seorang anak yang comel sekali.

Sampai sinilah saya menulis. Saya berharap En.Ong akan berjaya dalam hidupnya dan selalu sihat. Saya juga berharap blog ini akan disambut baik oleh semua orang. Bak kata pepatah, 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.' Marilah kita semua bersama-sama menolong OKU mengharungi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dan seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka seperti En.Ong.

------------------------------------------------------------------------------------------------

A letter from my ex student
Hi Mr.Ong,I'm Philip from SMK BUD 4. Still remember me? I wrote a short article for your blog in BM. It is about you. Pls have a look at it and if its ok post it up in your blog. Thanks.——————————————————————————————————
I send my regards to all the readers from “Malaysia Mesra OKU”. First of all, I need to introduce myself. I’m Philip Yong. I’m 17 years olds. The purpose I writing this article was I want to share the Mr. Ong’s story. Few years ago, Mr. Ong was my secondary computer teacher- SMK Bandar Utama Damansara (4). Mr. ong is a popular teacher who support from all the students, of course including me.

Mr. Ong always teaches and guides us when we need help. I get many advices and guidance from him. I will not be a fully functioning person, if Mr. Ong did not give me guidance and confident.

What I admire is the confident within Mr. ong. He will never give up in any situation. Even his right hand is disabling but he will take it as a challenge but not let him down. This can be proving in his very cool music video. He also is kind person. This can be proving that he start this blog. He always offers his help to all OKU throughout Malaysia.
People should form this moral value. Besides that, Mr. Ong is an environment lover. My friends, Mr. Ong and I went for a camping last time in Hutan Lipur Ulu Bendol. Mr. Ong even climbs up to hill with us. At last he has married with the loves ones and now he has a very cute daughter.
I think I will stop my letter here. I wish Mr. Ong all the best and healthy always. Besides that, I also wish that this blog can get response from the people. The proverb said: “shares joys, shares sorrows.” Let us hand in hand to help OKU to eliminate all the barriers and continue to success in their life like Mr Ong.

Ahad, 30 September 2007

Badan, Minda, Hati, dan Rohani

Badan, Minda, Hati, dan Rohani

Saya percaya ramai antara kita percaya akan kuasa kesyukuran. Tidak kita apa agama antara kita, namun kita selalu bersyukur dan berdoa kepada Tuhan masing-masing.

Sebagai OKU, kita kadang-kadang terfikir mengapakah kita dilahirkan dengan kekurangan? Bagi saya, kekurangan adalah satu cabaran dan anugerah yang istimewa. Sekiranya kita kategorikan diri ini kepada 4 bahagian, iaitu
1. Badan
2. Minda
3. Hati, dan
4. Rohani

Kita akan memahami bahawa OKU sebenarnya dilahirkan mungkin kurang pada Badan, contohnya kecacatan tangan, kaki, mata, dan pekak/ bisu; atau Minda, contohnya yang mengalami downsymdrom. Tetapi mereka masih mempunyai Hati dan Rohani.

OKU yang pandai mengimbangkan keempat-empat bahagian tersebut akan berjaya mengharungi cabaran hidup ini. Manakala OKU yang membiarkan kecacatan mereka menguasai hidup mereka akan merasakan hidupnya penuh sengsara dan kecewa.

Kita perlu memahami bahawa sebenarnya Hati dan Rohani yang akan mencorakkan hidup kita. Sekiranya Rohani ini mengatakan bahawa setiap ciptaan-NYA mempunyai rahmat disebaliknya dan sebagai dugaan hidup, maka Minda kita akan memberi isyarat secara positif. Isyarat positif daripada Minda akan menyebabkan Hati terasa lega dan gembira. Dengan demikian kekurangan pada Badan akan dilihat sebagai suatu kesyukuran dan anugerah istimewa daripada yang Maha Esa.

Sebaliknya jika Minda kita memikirkan bahawa kecacatan pada Badan dilihat sebagai sesuatu yang malang dan kecewa, maka isyarat negatif daripada Minda akan dihantar ke Hati. Hati akan melahirkan rasa kecewa. Rasa kecewa ini sekiranya tidak diubati atau diubah, maka lama-kelamaan seseorang itu akan terasa hidup ini penuh dengan kekecewaan dan tiada maknanya lagi.

Oleh yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa hidup kita bertunjang pada Rohani yang bersih dan suci. Hanya mereka yang mempunyai amalan agama akan meningkatkan Rohani mereka dalam mengharungi apa jua rintangan hidup dengan tabah dan bijaksana.

Rohani daripada keagamaan akan memberi kita kesejahteraan dalam hidup ini. Kita akan melihat segala perkara secara penuh dengan kesyukuran. Kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita juga akan rasa bersyukur dan menghargai setiap pertemuan dan kehadiran setiap insan dalam hidup ini.

Di sini saya ingin berkongsi sebuah lagu yang saya rasa amat bermakna, dinyanyi oleh penyanyi Hong Kong yang amat popular bernama Sandy Lam… tapi cara saya nyanyi tidaklah sehebat mana, yang penting sama-sama kita menghayati makna lirik lagunya. Anda boleh mainkan klip video di sebelah kanan laman blog ini, atau link di http://www.youtube.com/watch?v=84PAhRKkwb8. Saya terjemahkan liriknya seperti di bawah:



Tajuk Lagu: Sekurang-kurangnya masih ada dirimu - Sandy Lam

Aku bimbang tidak sempat
Untukku memeluk dirimu
Hingga dapatku merasa akan kedutan padamu
Ditoreh oleh jangkauan usia
Hingga dapatku memastikan dirimu yang sebenarnya
Hingga kehabisan tenaga demimu, aku rela.

Gerak pun tidak lagi mampu
Tetap inginku menatap dirimu
Hingga mendapati rambutmu
Sudah mempunyai keputihan uban
Hinggalah penglihatan ini menjadi kabur
Hinggalah tidak lagi bernafas, biarlah kita tidak lagi berpisah.

Sekiranya segala dalam bumi ini dapatku lepaskan,
sekurang-kurangnya masih ada dirimu,
berbaloi untukku hargai,
dan kehadiranmu di sini
adalah suatu keajaipan hidup ini.

Andainya segala dalam hidup ini dapatku lupakan
Namun tidakku sanggup kehilangan
akan berita khabarmu
Keikhlasan tulus dari hatimu
Akanku ingati untuk selama-lamanya di mana jua.

Tidak mudah untuk kita bersama
Aku bimbang akan masa yang cepat berlalu
Tidak dapatku melihat dirimu dengan lebih halus
Aku bimbang akan masa yang lambat berlalu
Ketika siang malam aku takut akan kehilangan dirimu
Tidak sanggup walaupun untuk satu malam
Untukku berpisah denganmu.
------------------------------------------------------------------------------------
Body, Mind, Heart and Soul

I believe most of us believe in the power of prayer. No matter what religion we are, but still we continue praise and pray to our God among ourselves.

As OKU, sometimes we think about why we born with disabled? For me, disabled is a special challenge and gift. If we categories it into 4 parts, which is
1. Body
2. Mind
3. Heart
4. Soul

We can understand that OKU actually may born with disabled on body, for example disabled at hand, leg and deaf or blind. Such as those who having down syndrome, but they still has heart and soul.

Oku which good at balance the four parts will success to face the challenge of life. Where else OKU which let the disabled control them will feel the life is full with suffering and disappointment.

We need t understand that actually the heart and soul will portrait our life. If our sold is said to tell us every creation of god and have blessed in the life, then our mind will give us a positive sign.

Positive sign from mind will make our heart feel relax and happy. The disabled in our body will look as a blessed and special gift from God.

In another way, if our mind thinks that disabled at body look as a worst and disappointment, then the negative sign from our mind will send to our heart. The heart will come out with disappointment. If the disappointment did not been cure, then later on he will feel this life is meaningless.

Because of that, we need to make sure our life has a clean and pure soul. Only those who have religion will upgrade their soul and face whatever challenge with strong and cleverness.

Soul from religion will give us peaceful in our life. We will see all of the things full with thankfulness. We will feel thanks to what we have. We will also thanks and appreciate everything we meet and come over our life.

I want to share a song by myself which I think it is very meaningful, sang by Sandy Lim. The way I sing may not as good as her, but the most important is we enjoy the meaning of the song lyrics. You can play the video clip at the right of the blog or the link at http://www.youtube.com/watch?v=84PAhRKkwb8. I translated the lyrics as below:

Song title: At Least I've Got You – Sandy Lam

I am afraid I have to take you too late
Until you feel the time has traces of wrinkles
Until you are really sure until losing effort
To you I would like to
Fixed dynamic nor should you watch
Until you feel for the line with traces of snow
Until become blurred vision can not breathe until
Let us inseparable
If I can give up the whole world
I at least you deserve to cherish
And you are here is the miracle of life
Perhaps I can forget the world
Is unwilling to lose your news
Palm of your moles I always remember where
I am afraid I have to take you too late
Until you feel for the line with traces of snow
Until become blurred vision can not breathe until
Let us inseparable
If I can give up the whole world
I at least you deserve to cherish
And you are here is the miracle of life
Perhaps I can forget the world
Is unwilling to lose your news
Palm of your moles I always remember where
We had our time is not easy
I am afraid your time fast enough to see carefully
I fear the time is too slow night for fear of losing you
I wish overnight remain isolated
If I can give up the whole world
I at least you deserve to cherish
And you are here is the miracle of life
Perhaps I can forget the world
Is unwilling to lose your news
Palm of your moles I always remember where
------------------------------------------------------------------------------------------------
身体,思想,心灵和灵魂

我深信大多数的人都相信神的力量。 无论我们信奉任何的宗教。无时无刻,我们都向自己的神-感恩和祷告。

身为OKU, 我们不时会思考,为什么我们一生下来就有残缺?对我而言,残缺是一种挑战跟恩赐。如果我们把它分成4个部分:
身体
思想
心灵
灵魂

我们都明白,OKU生出来通常会有身体上的残缺。 例如:手,脚,盲,聋或盲。思考上的有智障。但是他们还有心灵和灵魂。

OKU如果会聪明的平衡这4个部分,那么他们就可以成功地面对每天艰难生活的挑战。反之,如果他们被残缺控制,那么他们将会觉得他们的生活很痛苦根失望。

我们需要明白,其实是心灵和灵魂在描画我们的生活。如果我们的灵魂告诉我们万物是被保佑,然而我们的思想将会带给我们正面的讯息。正面的讯息将会让我们的心灵感到轻松和快乐。所以我们将视残缺为上天的礼物。

反之,如果我们视身体的残缺为不幸跟失望。思想的负面的讯息将会传去心灵。心会产生失望。 如果失望持续, 时间久了人会感到生活充满失望跟意义。

因为如此,我们需要确定我们的生活有个干净和纯洁的灵魂。只有那些有宗教信仰会提升他们的灵魂和面对任何的挑战。

宗教的灵魂会带给我们生活上和平。我们将会感谢我们拥有所有的一切。我们更珍惜我们所遇见和出现在我们生活的一切。

在此我想跟各位分享一首让我觉得很有意义的歌,原唱者-林忆莲。虽然我唱的没有她好。但重要的是附有意义的歌词。大家可以点击部落格右手边的影像或则到以下link: http://www.youtube.com/watch?v=84PAhRKkwb8 .

歌曲:至少还有你 林忆莲
我怕来不及我要抱着你
直到感觉你的皱纹有了岁月的痕迹
直到肯定你是真的
直到失去力气
为了你我愿意
动也不能动也要看着你
直到感觉你的发线有了白雪的痕迹
直到视线变得模糊
直到不能呼吸
让我们形影不离
如果全世界我也可以放弃
至少还有你值得我去珍惜
而你在这里就是生命的奇迹
也许全世界我也可以忘记
就是不愿意失去你的消息
你掌心的痣我总记得在那里
我们好不容易我们身不由已
我怕时间太快不够将你看仔细
我怕时间太慢日夜担心失去你恨不得一夜之间白头永不分离
如果全世界我也可以放弃
至少还有你值得我去珍惜
而你在这里就是生命的奇迹
也许全世界我也可以忘记
就是不愿意失去你的消息
你掌心的痣我总记得在那里.