Isnin, 10 September 2007

Dilema dan Trauma hidup sebagai OKU

Dilema dan Trauma hidup sebagai OKU

“Andainya saya dilahirkan sempurna, alangkah bagusnya!” – Itulah kata-kata yang timbul dibenak OKU apabila mereka mula merasai sesuatu yang kurang pada diri mereka. Rasa tersebut mula dirasai ketika mencecah usia kanak-kanak. Tidak kira apa bentuk OKU sekalipun: OKU fizikal, OKU panca indera, OKU mental, dan OKU gabungan, mereka tetap impikan satu badan yang sempurna, tanpa kecacatan dan kekurangan seperti mereka yang tidak OKU. Namun, semakin mereka impikan igauan tersebut, maka semakin besarlah dilema dan trauma yang bakal mereka tempuhi.

Nilai dilema dan trauma ini ditentukan oleh keadaan sekeliling. Pernah seorang OKU yang saya kenali berkata, “Kami sebenarnya tidak OKU, tetapi masyarakat yang mengOKUkan kami!”. Sungutannya itu memberi seribu tanda tanya tentang cabaran yang mereka tempuhi dan betapa rasa hampa akan layanan sekeliling yang mereka lalui. Ini kerana kita dibesarkan mengikut acuan sekeliling yang terbentuk. Dari segi didikan dan kasih sayang ibu bapa dan ahli keluarga, pergaulan rakan sebaya, kenalan antara ahli masyarakat dan sebagainya merupakan pendidik kepada hidup kita. Sebagai OKU, peristiwa-peristiwa yang mereka lalui adalah lebih mencabar. Cabaran inilah yang akan membentuk dilema dan trauma dalam hidup mereka. Cabaran ini jugalah akan menguji mereka dalam mengimbangi antara empat nilai imbangan hidup, iaitu nilai kekentalan semangat, nilai kecerdasan minda, nilai kawalan emosi, dan nilai sempurna fizikal.

Trauma dan dilema bukan sahaja dirasai oleh OKU sendiri. Kadang-kadang ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga akan menghadapinya. Perasaan tersebut lebih berat sekiranya anak atau ahli keluara OKU itu mengalami kecacatan fizikal yang terlalu ketara. Bagi mereka yang tidak pandai mengimbangi empat nilai hidup yang disebutkan di atas, maka jalan penyelesaiannya ialah menjauhkan ahli keluarga OKU itu daripada pandangan umum. Ada juga yang sanggup membuang atau meninggalkan anak OKU mereka! Manakala mereka yang pandai mengimbangi nilai-nilai hidup tersebut, kecekalan, ketabahan, perihatin dan kasih sayang menjadi dampingan harian mereka. Mereka lebih dapat memahami bahawa setiap ciptaan Tuhan ada hikmah disebaliknya.

Pernah saya mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh seorang insan OKU yang saya amat kagumi. Beliau menceritakan bahawa ketika dilahirkan tanpa kedua belah kaki dan tangan kiri, ayahnya tidak dapat menerimanya. Dia disisihkan dan kasih sayang yang diterima dari ayahnya juga kurang berbanding dengan abang dan kakaknya. Ayahnya tidak pernah mendukungnya keluar dari rumah. Sehinggalah satu peristiwa telah berlaku ketika ayahnya pergi memburu. Ayahnya telah menembak seekor monyet betina di atas pokok. “Beng!”, tembakannya tepat dan monyet betina itu terjatuh. Ketika menyembah bumi, tiba-tiba beberapa ekor anak monyet keluar mengerumuni ibu monyet. Darah merah mewarnai badan ibu monyet itu akibat peluru. Dengan menahan kesakitan, ibu monyet menggagahkan tenaga yang masih terkumpul. Terincang-incut langkah ibu monyet menuju ke arah salah seekor anak monyet yang paling kecil. Didakapnya anak itu. Anak-anak monyet yang lain menjerit sampil mendapatkan ibu monyet. Ibu monyet sempat mendakap satu persatu anak-anaknya sehinggalah yang terakhir. Lalu ibu monyet rebah dan tidak lagi bergerak. Peristiwa itu telah menginsafkan ayahnya. Semenjak hari itu, ayahnya tidak lagi memburu. Dan yang paling besar perubahan sikap ayahnya ialah dia didukung ke mana saja, diberi kasih sayang sepenuhnya sebagai anak emas. Sehinggalah kini insan OKU itu telah dewasa dan berumah tangga. Beliau ialah seorang peguam yang berjaya. Keinsafan ayahnya ialah binatang pun tahu menyayangi anak-anaknya, apatah lagi manusia!

Perasaan dilema dan trauma insan OKU adalah secara zahir dan abadi. Ketidaksempurnaan bahagian tertentu mereka akan terus bersama. Kalau OKU fizikal tangan kanannya kudung, maka kudunglah tangannya; Kalau OKU panca indera yang pekak bisu maka pekak bisulah dia. Walaupun terdapat teknologi tertentu dapat membantu, namun penggunaannya tidaklah sesempurna yang asli. Manalah mungkin ciptaan manusia boleh menandingi ciptaan Tuhan? Oleh itu, kehidupan OKU penuh dengan cabaran seiring dengan peningkatan usia dan zaman mereka; Selangkah ke depan, segenggam cabaran menanti.



------------------------------------------------------------------------------------------------

Dilemma and trauma

“How good if I being in the complete and normal child.” This statement comes out from every OKU when they start wondering they are lacked a thing when they are young. No matter which type of them, physical disabilities, mental disabilities, or multiple disabilities. They hope that they have perfect body, does not have any incomplete. However, the more they think, the more the dilemma and the more they trauma they face.

The so call trauma and trauma are come from the environment. Once of person I knew who is OKU said: “we are not OKU, is only the society OKU us.” We feel so disappointed when facing these bitter experiences. We are growth along with they environment. The education, love from the family, interaction with friends and the contact of the society shape us. As a OKU, the challenges we face is harder than others. These challenges will leads to dilemma and trauma. It is also examined how we balanced our lives which are: insistency spirit, intelligent mind, emotion control and complete physical.

No only the OKU will feel dilemma or trauma but sometimes the family member especially the parent will feel so. The feeling will be more intense when their child is severe disable. If they do not know how to balances the 4 factors above, they will be far away from family to avoid others judgment. In addition, some of the parents even abandon their child. Those people who are handling well, they will become stronger because they understood every single creation from god is meaningful.

I heard a story while attending a talk which host by my admirer speaker. He shares, his father unacceptable he born without his left hand and his legs. As consequences he receives less love from his father compare to his sibling. His father seldom hugs him. Until one day, his father went hunting. He has aimed at a female monkey on the tree. The monkey was shot and fell down from the tree. Once it reaches the ground. Little monkey came out and surround its mother. The female monkey was bleeding. It endures the pain moved to the youngest monkey and hugs it. Other monkeys screamed while the female monkey hugging them. After the female hug all monkeys, then lay down. Since that, the father no longer goes hunting. Besides that, his attitude toward his son change. He will start hugging him and give him all the loves. Today, the OKU has married and become successful lawyer.

The OKU’s dilemma and trauma always exists. The incomplete will always continue accompany. Those who are without hand still without hand and those who are deaf still are deaf. No matter how advance the technology, the substitute is unable to replace. Therefore, the OKU life is filled with challenges along with their age and time. Each time they cross a step, they will have a difficult task is waiting.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

OKU的困境和精神创伤
“如果我长得健全, 那是多么好啊。”这话出自每当OKU开始觉得我们自己缺少了些东西。小孩时期他们已有这种感觉了。无论是哪种残障:身体的残障,智障,或是多重残障。他们都希望自己有个健全的身体, 没有任何的残缺。但是,他们越是如此的想, 他们的困境越是多,心灵创伤越无法消除。

所谓的困境和精神创伤是来自环境四周。曾经一位我认识的OKU说:“我们不是OKU,只是社会把我们OKU!”我们对所面对的遭遇是多么失望和不满。我们会随着环境成长。从我们的教育方式,父母和家人的爱,朋友的相处方式,与社会的接触,这些都能让我们成长。身为OKU,我们面临的事物比别人还要艰难。 这些艰难会造成我们困境和心灵创伤。 也在考验我们如何平衡生活, 那四大因素是:坚持精神,头脑灵敏,情绪控制和完整身躯。

不止是OKU会感到困境和心灵创伤。 有时家人尤其是父母也会身同感受。 这种感觉将会更加强烈如果他们的小孩或家人是重残。 那些不会如何平衡这四大因素的人, 他们将会远离自己的家人已不用得到他人怪异的眼光。有些父母甚至抛弃自己的孩子。 那些会平衡的人, 他们将更加的坚强。因为他们了解上天的创造是有意义的。

我曾经出席一个让我钦佩的OKU演说人的讲座。 他分享,当年他父亲无法接受他生出来时少了左手和双腿。所以他得到的父爱比其他的兄弟姐妹来的少。他的父亲不曾抱他出外。直到那一天当他父亲去打猎。他瞄准了树上的一只母猴。母猴被射中了然后往下掉。当它着地时, 几只小猴子向前去围着母猴。母猴的身体被染上深红色的血。母猴忍着痛并集有所有的力量,东外西到走向最小的猴子并抱着它。其他的猴子一面尖叫,一面抱着母猴。当母猴抱完所有的猴子后 ,然后就躺着不动了。经此事,父亲醒觉了。那天起,他不再打猎。改变最大的是他的行为,无论去哪里,他都愿意抱着他。并把所有的爱都给他。如今这OKU已成家立业了。 而且还是个成功的律师。让他醒觉的是,动物都懂得爱,何况是人。

OKU的困境和心灵创伤是一直都存在的。不完整的部分将一直陪伴着。手有残缺的还是残缺,聋哑始终还是聋哑。 无论科技多么发达,代替品还是无法取代的。因此,OKU的生活充满了随着年龄和时代变迁的挑战。每跨一步,将有个难关在等待。

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat berkenalan.

saya adalah seorang ibu kepada anak OKU (Akal) dan sukarelawan untuk badan kebajikan berkaitan OKU. terlalu banyak cabaran dan kerenah yang perlu kami hadapi. Sememangnya masyarakat kita hari ini lebih prihatin kepada OKU tetapi ada juga yang merasakan OKU ini tidak patut berada di samping mereka.

saripah bakar

Ong Boo Siong berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ong Boo Siong berkata...

Terima kasih kerana sudi singgah.

Ya, saya bersetuju dengan puan. Memang manusia ni terdiri daripada pelbagai jenis; banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Bagi saya, itulah hikmah di sebalik ciptaan-NYA kerana anak OKU itu sebanarnya sebagai 'cermin mata' untuk kita lihat antara manusia yang jahil dan yang beriman.
Tidak sabar membaca buku Dalam Kehadiran Sofiah tulisan puan :-)

Pusat Program Dalam Komuniti (PDK) Seberang Jaya, Pulau Pinang. Malaysia berkata...

TAHNIAH Kepada webmaster...saya bukan OKU tetapi saya kini sedang mengetuai satu pasukan membela nasib OKU di Pulau Pinang. saya mohon kebenaran artikel dari web ini untuk dimuatkan dalam blog kami untuk tujuan memberi informasi kepada para pelawat. (www.oku-sj.blogspot.com)

Ong Boo Siong berkata...

Terima kasih. Usaha saudara membela nasib OKU adalah satu usaha yang murni, syabas. Saya izinkan artikel ini dimuatkan dalam blog saudara dgn menyatakan petikan asal dari http://okukita.blospot.com. Saya merasakan ini satu penghormatan, terima kasih.