Isnin, 9 Jun 2008

Peluang Kerja/ Rezeki OKU

Peluang Kerja/ Rezeki OKU

Jam telah menunjukkan hampir 2:30 pagi, namun mata ini belum dapat lelap walaupun baring di atas katil sejak 2 jam yang lepas. Apa di dalam minda ini? Rupa-rupanya rasa terlalu gembira dan teruja untuk membawa berita menarik bagi kawan-kawan OKU pada esok pagi!

Kerja HEBAT untuk OKU!!! Begitulah ayat ringkas yang terngiang-ngiang setelah kembali dari seminar di Cititel tadi. Untuk tidak membuangkan masa yang asyik berbaring ke kiri ke kanan atas katil, lebih baik saya tuliskan sesuatu di blog saya ini, sekurang-kurangnya ada berita menarik yang boleh dikongsikan bersama pembaca.

Begini ceritanya, saya menghandiri satu seminar yang dianjurkan oleh sebuah syarikat korporat dalam perniagaan ASP (Applications Service Provider) di hotel Cititel bermula 8:00 malam tadi. Jemputan seminar tersebut saya terima dari email. Pada mulanya agak keberatan kerana sekarang ini banyak sangat jemputan seminar-seminar yang berciri SCK (Skim Cepat Kaya) dengan bertopengkan eCommerce. Tetapi apabila terfikirkan salah satu tanggungjawab yang sedang saya pikul sebagai seorang pekerja social sekarang ialah mencari peluang pekerjaan kepada OKU, maka tergerak hati ini untuk pergi menjenguk, mana tahu kalau-kalau ada rezeki nanti.

Apabila melangkah masuk ke kaunter pendaftaran, ternampak poster Jutawan Internet Malaysia, Dr.Irfan Khairi tergantung. Terasa hati ini untuk melihat idola internet Malaysia ini. Seminar bermula dengan taklimat penceramah pertama, COO (Chief Operation Officer) Mr.Allen Lee. Walaupun ucapan beliau berbahasa rojak, tetapi penuh dengan informasi dan jenaka. Rupa-rupanya syarikat ini menawarkan rezeki bagi kerja sebagai authorize agent produk communication, satelite channel, dan finance yang sedang panas di parasan, antaranya TM Products, Celcom Power Tools, TMnet Streamyx, MOBIF Izzinet Broadband, Celcom 3GBroadband, MBF Credit Card, Astro, dan lain-lain. Yang menariknya, semua barangan tersebut memang menjadi keperluan untuk semua sekarang: siapa yang tidak guna telifon? Berapa pendaftaran Streamyx setiap hari (berlambak-lambak iklan gantung ditepi jalan)? Siapa yang tidak mahu menjimatkan bil telefon setiap bulan?bla, bla, bla... semuanya ingin, kan? Tambahan lagi produk-produk tersebut boleh mengurangkan penggunaan petrol! (Isu yang sedang hangat akibat kenaikan petrol dan diesel) Maka produk-produk tersebut boleh membantu orang ramai berjimat. Yang lagi bestnya, untuk mendapatkan lisen authorize agent bagi semua produk tersebut, syarikat korporat ASP ini telah mengaturkan pinjaman bank dan mereka sendiri sebagai penjamin!

Penceramah kedua pula ialah seorang motivator sohor, Ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Penuh bersemangat dengan ceramah beliau, pendengar juga tidak kering gusi dibuatnya. Dan terakhir ialah Dr.Irfan Khairi yang menjadi idola internet saya dan warga Malaysia!

Apa pula kaitan dengan peluang kerja OKU? Minggu ini saya sedang sibuk dengan menyediakan teks ucapan untuk memberi seminar pada satu majlis agak besar pada buan Ogos, tajuk ceramah saya ialah Peluang Kerja untuk OKU: Satu Cabaran yang Perlu Dirialisasikan. Dalam menyediakan isi-isi kertas ceramah tersebut, banyak yang saya pelajari. Salah satu daripadanya ialah kerja berkonsep SOHO (Small Office Home Office), atau dengan kata mudah kerja di rumah. Jadi kerja berkonsep SOHO adalah yang paling sesuai untuk OKU, terutamanya OKU Tahap Berat. Mereka boleh bekerja di depan computer di rumah sambil dijaga oleh penjaga apabila perlukan bantuan untuk makan minum atau ke tandas. Di samping itu kemudahan computer dan internet menjadi medium utama mereka untuk berhubung dengan dunia luar.

Jadi cuba bayangkan, orang ramai yang ingin berdaftar line telifon rumah atau pejabat, Streamyx, Celcom, Astro, dan lain-lain boleh dibuat melalui internet atau telifon dengan OKU yang terlatih tersebut. Cara pendaftarannya sama saja di mana-mana cawangan, iaitu isi borong, lepas itu fax atau poskan. Atau dengan lebih mudah, masuk ke internet untuk isikan borang dan terus klik Submit. Jadi, daripada berdaftar dengan ajen-ejen yang mempunyai kemampuan untuk bergerak ke sana ke mari (bukan OKU), mana lebih baik berdaftar dengan OKU yang peluang rezeki mereka dihad oleh kebebasan bergerak? Saya ulangkan sekali lagi: cara dan prosedur pendaftaran adalah sama. Maka cuba bayangkan, apabila berdaftar dengan OKU, anda bukan sahaja tetap mendapat perkhidmatan samada Streamyx, Celcom, Astro, TMnet dan sebagainya dengan kualiti yang sama, malah anda telah membantu OKU mengharungi cabaran hidup ini! Mereka bukannya peminta sedekah, meminta simparti atau belas kesian, tetapi mereka perlukan peluang yang anda mampu berikan! Jadi, mengapa tidak sedekahkan sahaja rezeki tersebut kepada OKU daripada anda sedekahkannya kepada BOKU (Bukan OKU)? Fikir-fikirkanlah...

Jam sekarang dah hampir 4 pagi, oklah…rasanya dah boleh tidur. Alamak, terasa lagi susah tidur… sebab terlalu excited untuk cerita kat member-member OKU esok pagi…alamak, tak tidur la malam ini!!!

p/s: Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, janganlah keberatan untuk menghubungi saya…019-2702083 (saya rela mengambil risiko daripada mereka yang ‘mempermainkan’ no.telifon saya ini demi kesejahteraan hidup OKU!)

5 ulasan:

ady berkata...

Boo Siong,

Berita ini memang menggembirakan semua OKU.Saya inin memahirkan diri dalam dunia pengkomputeran.Dimanakah saya boleh belajar?terima kasih.

Ong Boo Siong berkata...

Hi Ady, untuk memudahkan penerangan, saudara boleh menghubungi terus kepada saya di talian 019-2702083.

ady berkata...

Boo Siong,
Terima kasih kerana sudi membalas.Buat masa ini saya masih berada di luar negeri dan hanya akan pulang sekitar bulan Mei ini.Jika sudi,boleh Boo siong berikan emel Booo Siong dan kita boleh berhubung dan berkenalan lanjut melalui emel.Terima kasih sekali lagi atas usaha murni Boo Siong.

Tanpa Nama berkata...

peluang pekerjaan nie masih dibuka??? sy dah penat mencari kerja, sy cube nk cari rezeki snd...
boleh en bantu dy tuk perolehi kerja??

norazean1989@gmail.com
sy sangt mengharapkan bantuan en

Unknown berkata...

Syarikat kami ingin mengambil pekerja OKU (Perempuan).
Area Malim, Melaka Tengah.
Boleh buat kerja2 perkeranian dan menjawab telefon.
Boleh datang ke tempat kerja sendiri.

Jika berminat:
Sila Hubungi 06-3363396 (Ira / Admin)
Email resume anda ke : info@kctewsb.com