Khamis, 22 Januari 2009

Proton diminta keluarkan teksi ala Malaysia

Dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
22/01/2009 6:52pm


KUALA LUMPUR 22 Jan. — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta syarikat kereta nasional Proton mengeluarkan kenderaan khusus untuk dijadikan teksi ala Malaysia yang menjadi kebanggaan negara.

Beliau berkata, kenderaan itu harus mempunyai keluasan yang bersesuaian dengan pasaran, selain memiliki ciri-ciri keselamatan serta menggunakan teknologi canggih khususnya untuk pembayaran.

“Saya ingin mencadangkan supaya Proton mereka bentuk teksi yang luas dan selesa untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz penumpang, selain memiliki penghadang antara pemandu dan penumpang serta boleh menggunakan pembayaran secara elektronik (e-pembayaran),” katanya. - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan syabas kepada bakal Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib atas 'keperihatinan' beliau akan keperluan peningkatan taraf teksi di negara ini...canggih betul teksi ala Malaysia nanti! Saja nak tanya di sini..."kereta teksi ala Malaysia tu nanti mesra OKU tak? Maksudnya boleh masuk kerusi roda untuk membawa penumpang yang berkerusi roda...kata orang putih Barrier-Free Taxi ataupun Wheelchair Accessible Taxi. Kalau tak boleh, rasanya kawan-kawan kita yang berkerusi roda tidak dapat menikmati satu lagi kemajuan negara...nampaknya tahap keperihatinan masih lagi di takuk lama...orang Pinang kata PI MAI PI MAI TANG TU! Ore Kelate pulok kato NOK WAK GUANO MUGO LAGU TU DOH!" Fikir-fikirkanlah...
p/s: Tapi saya rasa maksud "...bentuk teksi yang luas dan selesa untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz penumpang..." mungkin Datuk Seri Najib telah merujuk kepada keluasan dan keperluan untuk penumpang yang berkerusiroda, kan gitu kawan-kawan?

1 ulasan:

Yahya Hamid berkata...

Saya menyokong dan amat bersetuju dengan langkah kerajaan memikirkan dan melaksanakan program khusus memberi kemudahan dan keselesaan masyarakat OKU. Mereka juga adalah penyumbang kearah menjayakan cita-cita negara kearah Satu Malaysia. Kemampuan dan kelebihan yang ada pada mereka akan dapat diterjemahkan dengan adanya infrastruktur dan kemudahan yang memudahkan pergerakan mereka.