Jumaat, 6 Januari 2012

Sejak Sekian Lama Hilang...


Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan maaf kerana hampir 3 tahun 'menghilangkan diri' dalam blog ini. Sebenarnya bukan hilang diri, tapi password yang hilang, jadi tidak boleh akses dan update. Apa yang menggerakkan saya mencungkil dan mengorek supaya jumpa kembali password untuk update blog ini?

Kisahnya bermula pada 6 Disember 2011 baru-baru ini. Ketika itu saya mengambil kursus Certified NLP Practitional, oleh MTM Consultant Sdn. Bhd. dari 5 Disember hingga 10 Disember. Di situ ramai peserta yang terdiri daripada orang-orang hebat...ada profesor universiti, pegawai kebajikan, kaunselor, doktor, dan ramai lagi. Manakala salah seorangnya ialah pegawai kebajikan dari Langkawi, bernama Pn.Mazita Ahmad. Untuk memendekkan cerita, ketika bersembang-sembang dengan beliau, rupa-rupanya beliau selalu juga masuk blog okukita.blospot.com ini...tanpa mengetahui sayalah pemiliknya :-)

Saya berasa terharu kerana seorang pegawai tinggi seperti beliau selalu mengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Jadi, sayapun bertekad untuk mengaktifkan kembali blog ini demi meneruskan perjuangan untuk membela isu-isu OKU di negara kita...Malaysiaku Mesra OKU! Di sini juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan hebat, Ah Ann yang membantu saya untuk menjejak balik akaun dan password okukita.blogspot.com ini.

Jadi, inilah juga salah satu azam saya untuk 2012...terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pn.Mazita kerana beliaulah semangat perjungan saya kembali semula...SELAMAT MAJU JAYA!



1 ulasan:

Ummu Hakim berkata...

Mr ong, akhirnya....kita bertemu semula dalam blog...teruskan menulis, anda banyak memberi inspirasi kepada saya...terharu bila membaca catatan anda bila nama saya disebut....