Rabu, 8 Ogos 2007

Artikel dari Berita Harian 4 Ogos 2007, Rencana

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Rencana/20070803233121/Article/
OKU kagum layanan mesra pekerja restoran makanan segera
Oleh Ong Boo Siong

DALAM kempen membina masyarakat penyayang, kita sering dihidangkan melalui media mengenai pelbagai kisah cabaran hidup Orang Kurang Upaya (OKU). Cabaran hidup OKU termasuklah kegiatan harian mereka dalam mencari rezeki, pelajaran, perubatan, riadah dan sebagainya.OKU biasanya dikategorikan mengikut jenis kecacatan seperti anggota, penglihatan, bisu dan akal. Tahap kecacatan mereka pula menunjukkan sejauh mana cabaran mereka dalam kegiatan harian yang terbahagi kepada tahap ringan, sederhana, berat dan tahap amat berat.
Tahap ringan ialah mereka yang mempunyai kecacatan sedikit dan segala urusan harian boleh dilakukan tanpa sebarang bantuan orang lain atau peralatan khas. Contohnya, OKU yang kudung sebelah tangan sama ada di pergelangan tangan mahupun dari siku ke atas, OKU pekak bisu dan lain-lain. Tahap sederhana pula ialah OKU yang menggunakan peralatan khas untuk kegiatan harian mereka dan boleh melakukan kerja tanpa bantuan orang lain dengan ada peralatan berkenaan, contohnya OKU mengguna kerusi roda dan OKU penglihatan menggunakan tongkat.
OKU tahap berat ialah mereka yang memerlukan bantuan orang lain dalam sesuatu kegiatan. Ini mungkin disebabkan anggota mereka seperti kedua-dua belah tangan dan kaki tidak dapat berfungsi dengan sempurna atau kudung.OKU tahap amat berat ialah mereka yang mempunyai gabungan kecacatan, iaitu anggota, pancaindera atau mental. Contohnya, kedua-dua belah kaki dan tangan cacat dan pada masa yang sama tidak dapat bertutur dengan jelas.Kehidupan OKU yang serba mencabar memberi mereka semangat untuk mengharungi liku hidup ini. Tidak dinafikan juga ada OKU yang tidak dapat menerima cabaran berkenaan dan akhirnya kecundang dalam dugaan hidup. Mereka memilih untuk menagih simpati orang ramai sebagai sumber rezeki, iaitu sebagai peminta sedekah. Ini berbeza pula sekiranya, OKU berkenaan menggunakan apa saja anggota yang masih ada untuk mencari rezeki, contohnya OKU penglihatan menggunakan kepandaian bermain alat muzik untuk menghiburkan orang ramai di kaki lima. Bagi saya, duit yang dilontar kepada mereka bukanlah duit sedekah, tetapi bayaran atas hiburan yang diberi.Kita lihat pula bagaimana orang ramai yang digolongkan sebagai ‘tidak mesra OKU’ berhadapan dengan golongan OKU. Mereka ini saya boleh golongkan kepada beberapa kategori juga, iaitu pertama beranggapan golongan OKU sebagai beban masyarakat; kedua golongan OKU sebagai golongan tidak upaya dipandang hina.Ketiga pula golongan OKU tiada apa yang beza dan itu adalah nasib mereka; keempat golongan OKU sebagai mereka yang cekal dan bantuan patut diberikan demi kemanusiaan dan kelima golongan OKU sebagai mereka yang memberi inspirasi dalam hidup mereka. Dengan kategori itu, mungkin kita dapat memahami kategori manakah individu yang ‘tidak mesra OKU’ apabila berhadapan dengan OKU.Kisah ingin saya kongsi bersama di sini ialah pengalaman sendiri ketika singgah di restoran makanan segera di KL Sentral baru-baru ini. Saya sebenarnya golongan OKU tahap ringan, iaitu kudung di sebelah tangan kanan tanpa siku.Ketika melangkah masuk ke pekarangan restoran itu sambil menggalas beg komputer riba, seorang pekerja lengkap beruniform menyapa dengan senyuman dan bertanya sama ada saya ingin pesan bungkus atau duduk makan. Saya menjawab bahawa saya ingin duduk makan. Lantas dia menunjuk ke arah tempat duduk kosong sambil mengeluarkan kertas untuk mendapatkan pesanan. Apabila siap mencatat, dia terus ke kaunter membuat pesanan. Ketika itu saya sangkakan saya perlu ke kaunter untuk membuat bayaran, tetapi dia datang kembali dengan membawa resit.Dia menyerahkan resit berkenaan dan saya bertanya sama ada perlu membayar di kaunter, dengan senyuman dia menjawab bahawa dia akan bantu saya membayar di kaunter.Selepas itu dia kembali dengan menatang makanan yang dipesan sambil membawa wang baki. Tidak cukup dengan itu, dia bertanyakan sama ada saya perlukan sos cili atau tomato. Akhir sekali dia membawa kedua-dua sos cili dan tomato untuk saya sambil berkata panggil dia sekiranya saya perlukan apa-apa bantuan lagi. Saya sempat melihat tag namanya yang tertera Puteri. Mungkin pengalaman saya di atas hanyalah kisah yang biasa di sebuah restoran makanan segera. Namun, setiap gerak-geri dan layanan yang diberikan oleh Puteri jelas menunjukkan dia mempunyai naluri untuk berkhidmat dengan cemerlang dan dia berkhidmat dengan penuh minat serta gembira. Kepekaannya terhadap layanan terbaik untuk OKU dapat saya rasakan walaupun saya sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk beratur dan menatang makanan ke tempat duduk. Oleh Ong Boo Siong (Koordinator Projek Tanpa Halangan Persatuan Shuang Fu untuk Orang Kurang Upaya, Kuala Lumpur)
-------------------------------------------------------------------------------------
Article from Berita Harian 4th August 2007
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Rencana/20070803233121/Article/
OKU admired the warm threatening of fast food worker
By Ong Boo Siong
In the campaign of building lovely society, we often heard about mass media about different of challenges faced by Disable people (OKU). The challenge face by OKU included their daily life in living, education, medicine and so on. OKU often categories by their disable type such as blind, deaf and mental problem. The level of their disable show that how far the challenges in life which categories from level minor, moderate, heavy, and very serious.
The minor level is those who have a little disable in facing their daily life without the need of help by others or special equipment. For example, OKU who having disable whether at middle of the hand or elbow above, OKU who is deaf and others. The moderate level of OKU use special equipment for their daily activities and can work without others or related equipment, for example, OKU who use wheel chair and OKU who use cane.
OKU with heavy level need help from others in activities. This may because some of their function such as either hand or leg can’t function it well or disable. OKU with serious level is those who have combined disable, such as body part, sensory or spiritually. For example, both of the leg and hand were disable at the same time can’t speak very clear. OKU’s life which full with challenges give them the spirit to pass through these life. It can’t be deny that there is also some OKU who can’t accept the challenges and finally crash in their life.
They choose to take others sympathy to earn, which is beggars. This is different if the OKU use what whatever left at the body part for living, such as OKU who have blindness use their skill to play music instrument for entertain others. As for me, those money which been throw toward them is not “sympathy money”, but is the payment at the entertainment which it been given. Let us look at how public which categories at “OKU unfriendly” towards OKU. Those people we can categories into few categories, first is people who think OKU is a burden to the society, second is who think OKU is those group of people who been looked down. Third, is those who think don’t have any different and it’s their fate, the fourth is those who think OKU is strong and help is needed for humanity and the fifth one is those who give inspiration in their life. With those categories, maybe we can understand which category is “not OKU friendly” when faced with OKU. The story I want to share in here is my own experiences when I eat at a fast food restaurant in KL Sentral recently. Actually I am a minor level in group of OKU, which is one hand without elbow. When I step in the restaurant and take put the computer, a worker who is fully uniform is sweeping with smile and asks whether I want to order anything. I answered that I want to sit down and eat. Then he show me an empty seat take put a white pieces of paper to take my order. When the order is finish, he go straight to the counter and take order. When I thought that I need to go to the counter and paid, but he come back again and bring a receipt. He gives me the receipt and I ask whether I need to pay at the counter, with smile he answered that he will help me to pay for it. After that he come back again and give back me the money left. Not only that, he asks whether I need chili or tomato source. Finally, he brings both of the chili and tomato for me and say ask him if I need any help again. I look at the name tag which written Puteri. Maybe my experience above just a normal story in a fast food restaurant, but all of the treat by Puteri show that she have the sense to work well and she work happily. I can feel the sensitivity which gives the best to OKU, although actually I don’t have any question to queue to buy food and eat.
I believe if all of the worker can be like Puteri, our country is not only a country with lovely image, but also a country with highly cultural.
-------------------------------------------------------------------------------------
2007年 8月 4日 每日新闻里的文章
在”建造爱心社会”运动里,我们时常会从媒体那方面知道OKU挑战生活的辛酸故事。OKU的生活挑战包括了许多的日常习性,这包括了事业,学业,医药等问题。OKU通常可分类成数种部位残障,例如身体,视觉,说话和思想。残障程度可分成轻微,中等,严重以及非常严重。
轻微的程度是残障人士有一些缺陷但是有能力可以自己解决自己的日常生活而不需要依靠别人或仪器的帮助。比如:一位只有单手的人员,或聋哑的人员等等。中等的程度是一些残障人士必须利用一些特定的帮助仪器在他们的日常生活但是不需要别人的帮忙,例如一些必须坐在轮椅的人士或需要利用拐杖帮忙的盲眼人士。
严重的程度是残障人士在某些事情必须依靠别人帮助的。这是因为他们的双手或双脚不能正常运作,照成行动不方便,或是四肢有缺陷,生长不完全。非常严重的程度是残障人士拥有多重缺陷,例如身体,神经或思想。例如,四肢残缺加上口齿不清。OKU的生活将会令到他们必须有更强的斗志接受挑战,勇敢面对人生。无可否认的,也有一部分的OKU不能接受挑战,而选择了依赖和放弃他们自己人生。他们通常会选择接受别人的同情和施舍,而不自己去争取。另外一方面,有些OKU懂得利用自己残存的能力来赚取自己的生活费,例如盲眼人士可以利用自己对乐器的天分,然后在街上表演来赚取金钱。对我来说,给予的金钱不是施舍,而是欣赏和钦佩他的努力。另外,有一部分OKU公众是对OKU不友善的。这些公众可以分成数个类别:第一种是认为OKU是社会负担的,第二种是承受不住被取笑的OKU,第三种是只懂得认命的OKU,第四种是认为别人一定要帮忙他们的OKU,第五种是认为OKU为他们带来灵感的。利用这五种类别,我们可以知道哪一种类别是对OKU不友善
的。我想在这里分享的故事是我本身在KL Sentral一间快餐店的一个经验。其实我是属于轻
微程度的残障人士: 我的右手只有手臂而已。当我提着手提电脑包进入那间快餐店时,一个穿着整齐制服的员工过来和我打招呼以及问我要外卖还是在本店用餐。我回答他说我要在店里用餐。然后他就很快的走向一个空位并拿出纸条纪录我要吃什么。当写好后,他就走去柜台下账单。当我以为我必须要走去柜台给钱时,他却拿着账单走向我。他把帐单交给我,我问他需要我去柜台交钱吗,他却带着微笑的对我说他会帮我拿钱过去交。当他再走向我时,他手上已经拿着我的食物以及我的零钱。不但如此,他还问我要辣椒酱还是要番茄酱。最后,他拿了二种酱料给我并告诉我说如果有需要,随时可以叫他。我在当时后把握了时间,注意到他的名牌写着Puteri。可能我的经验只是很普通在每一间快餐店,但是,从Puteri的动作和服务态度可以清楚地看到他服务得很好,并且他是很乐意的。从他对OKU的服务态度可以让我感觉到很窝心,虽然我是对于排队和拿食物回去位置是完全没问题的。

Tiada ulasan: