Selasa, 7 Ogos 2007

Lawatan Amal dari Pelajar Universiti Taiwan

30 Julai hingga 2 Ogos 2007 merupakan kenangan manis bagi kami di Persatuan Shuang Fu Untuk OKU. Ini kerana seramai 6 orang pelajar Universiti Taiwan telah mengadakan lawatan amal. Lawatan tersebut juga merupakan salah satu aktiviti pembelajaran mereka.

Negara yang disenarai termasuklah Malaysia, Thailand dan Vietnam. Sudah pasti negara kita menjadi pilihan utama mereka. Aktiviti mereka termasuklah membantu NGO yang mereka lawati seperti membersihkan asrama, bersuaikenal dan seumpamanya.

Mereka juga dibawa oleh kami untuk melawat tempat-tempat terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Tidak terkecuali juga mereka dijamu dengan makanan lazat tempatan termasuk merasa buah durian. Sebagai pelajar universiti, mereka juga bertugas sebagai duta Taiwan dengan memperkenalkan budaya mereka.

Gambar menunjukkan mereka (yang memakai baju T-merah jambu) dibawa ke KL Tower sebelum beredar, mereka berkongsi pengalaman selama 4 hari menginap bersama kami dengan mengatakan banyak pengalaman yang mereka timba, terutamanya melihat betapa semangat OKU di Persatuan Shuang Fu dalam mengharungi cabaran hidup mereka. Apa yang mereka amati ialah dengan ketidaksempurnaan fizikal, ahli-ahli Persatuan Shuang Fu masih mampu menghasilkan kraftangan yang menarik serta sama-sama mencurah bakti kepada negara ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
Charity Visit from University of Taiwan’s student
30th July till 2 th August 2007 was a sweet memory for us in Shuang Fu Disable Independent Living Association. This is because a group of 6 students from University of Taiwan has organized a charity visit. The visit is one of the study projects for them.
The listed country included Malaysia, Thailand and Vietnam. Of course our country is one of their choices. Their activity included helping NGO which they visited to clean their hostel, know each other and so on.
They also were brought by us to visit about famous tourism places around Kuala Lumpur and been treated delicious local food included fruit such as Durian. As a university student, they also work as a diplomat to introduce their culture as well.
The picture show they (which wear red colour T-shirt) been brought to KL Tower before leave, they share 4 days experience stay with us, especially look at how much the spirit of OKU in Shuang Fu Disable Independent Living Association face the challenges. What they have is the incomplete in physical, but still they can come out with incredible handicraft for this country.
-------------------------------------------------------------------------------------
台湾大学学生的慈善观望
2007年的7月30日到8月2日对于在双福中心的OKU是一个甜美的回忆。这是因为有6位来自台湾大学的学生来本中心做慈善观望。这次的观望是他们学业里的其中一个活动。


马来西亚,泰国和越南都是他们考虑国家。想当然的,我们马来西亚成为了他们的首选。他们的活动包括了帮助NGO打扫宿舍,加深大家的认识等等。

吉隆坡的名胜地点我们都有带他们去参观,而不出意外的,他们当然也爱上我们的本地食物,而且也包括了榴莲了。身为大学学生,他们也代表了千万台湾人民来介绍他们的本地文化。

在这张照片里的台湾学生(身穿粉红色衣服)在离开马来西亚前,我们有带他们去吉隆坡塔,而他们也分享了很多在这相处的4天里本身的经验和意见,以及他们对这里的想法,尤其是钦佩双福中心的OKU 挑战他们人生的斗志。虽然他们在身体上有某些缺陷,但是双福中心的人员还是有能力可以生产出特别的手工艺品以及为国家做出贡献。

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

just try to drop comment.

by JamesOng